Ketika rakyat Malaysia mula membuat persiapan untuk menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri, JOOX Malaysia tampil menyediakan pelbagai hiburan dan hadiah menarik untuk menggandakan kemeriahan perayaan ini bersama peminat muzik dan juga pengguna setia JOOX di Malaysia!
JOOX menyemarakkan sambutan Hari Raya tahun ini dengan melancarkan fitur terbaharu dan inovatif, JOOX Buzz dimana fitur ini membolehkan para pengguna setia JOOX untuk berinteraksi dengan artis-artis kesayangan mereka melalui perkongsian video serta permainan istimewa yang akan dibawakan khas oleh artis ataupun kru JOOX. Pengguna fitur ini juga boleh bertemu dan berinteraksi bersama kelab peminat lain dan mewujudkan komuniti peminat untuk artis kesayangan mereka!
Pengguna JOOX Buzz boleh bertemu dan berinteraksi bersama peminat-peminat lain dan mewujudkan kelab peminat untuk artis kesayangan mereka! (Kelab Peminat Faizal Tahir kini sudah berada di JOOX Buzz!)
Raikan Buzz Raya dalam Tiga Fasa
(Tonton Video Buzz disini: https://bit.ly/337uMOz)
#1 Buka Puasa Dengan Siapa
Pernahkan anda terfikir untuk berbuka puasa bersama artis kegemaran anda? Fasa pertama kempen JOOX Buzz ini memperkenalkan “JOOX Buzz Filters” iaitu sebuah filter Instagram yang membolehkan anda melakukan cabutan bertuah untuk mengetahui siapa artis yang akan menemani anda untuk berbuka puasa. Antara artis yang turut serta dalam kempen ini adalah DOLLA, Ernie Zakri, Faizal Tahir, Kaka Azraff, Loca B, Nabila Razali dan Yonnyboii. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memuat naik video tersebut ke akaun JOOX Buzz anda menggunakan #BPDSJOOX, untuk dilihat oleh peminat-peminat lain! Pengguna dengan video yang paling menarik akan memenangi wang tunai RM 100 dan makanan istimewa yang akan dihantar ke rumah anda!
#2 Raya @ Buzz
Kemeriahan Hari Raya diteruskan dengan fasa kedua kempen JOOX Buzz iaitu “JOOX Buzz Video Treasure Hunt”. Anda boleh berinteraksi dengan artis tempatan kegemaran anda seperti Aziz Harun, Kucaimars, Adam Lee, Bunga, Aisha Retno & Bonn, Harris Alif, Khodi, Qiff & Syabil dan ramai lagi. Artis-artis ini akan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan aktiviti peribadi mereka semasa Hari Raya di media sosial, dan anda serta para peminat lain harus mencari jawapannya di video JOOX Buzz artis tersebut dan menjawabnya di ruangan komen. Pemenang yang dipilih oleh artis tersebut akan membawa pulang wang tunai RM 100!
#3 Tanya Saya
Anda bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM 100, tetapi juga dapat berinteraksi secara dekat dengan idola kegemaran anda! Fasa ketiga kempen ini iaitu Tanya Saya, membolehkan anda berkongsi video mesej ataupun soalan anda untuk artis-artis yang menyertai kempen JOOX Buzz seperti yang disebutkan di atas. Mungkin artis kegemaran anda akan memilih video anda untuk dijawab dan berinteraksi dengan anda! Menarik bukan? Tunggu apa lagi? Cubalah fitur JOOX Buzz sekarang!
Menerusi pengenalan fitur Buzz ini, JOOX terus menekankan bahawa ianya bukanlah sekadar platform penstriman muzik – tetapi juga sebuah platform yang membolehkan pengguna setianya untuk membina komuniti peminat dengan kandungan khas untuk pengguna lain yang mempunyai minat sama. Bukan itu sahaja, pengguna kini mempunyai lebih banyak peluang untuk berinteraksi dengan artis kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja!
Raikan Hari Raya ini dengan pelbagai hiburan dan hadiah menarik yang di JOOX! Nikmati fitur Buzz sekarang, muat naik video anda dan dengarkan muzik pilihan anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja and berada dengan memuat turun aplikasi mudah alih atau desktop JOOX di Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX website.