Hal ini dapat dilihat menerusi keberadaan tanda pagar (hashtag) #GegarVaganza yang menggungguli tangga teratas carta trending setiap minggu menerusi platform X.
Selain itu, komen-komen positif turut dapat dilihat sejak konsert pertama All Stars Gegar Vaganza mula bersiaran pada 24 September lalu.
Lebih istimewa, konsert minggu keempat baru-baru ini turut menjadi bualan peminat dan pengguna media sosial apabila persembahan bintang-bintang Gegar Vaganza All Stars dimeriahkan dengan kehadiran barisan ikon muzik tanah air.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, “Kami melihat peningkatan dari segi tontonan All Stars Gegar Vaganza pada setiap minggu.