in ,

Rahsiakan Hubungan Sejak 5 Tahun Lalu, Hannah Delisha Kini Jadi Isteri Pelakon Imam Shah

Selepas lima tahun menyulam cinta akhirnya pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Hannah Delisha memilih bintang dari Singapura, Imam Shah sebagai suami.

Hari ini, peminat pelakon jelita Hannah Delisha digemparkan dengan satu berita dimana secara tiba-tiba dia memuat naik posting yang memaparkan dirinya sudah selamat bergelar isteri.

Hannah dan Imam disatukan dalam ikatan suami isteri dalam majlis akad nikah yang diadakan di Singapura, hari ini. 

HANNAH DELISHA

Pelakon filem Langsuir itu mengejutkan ramai dengan berkongsi foto berpakaian pengantin di sisi suaminya dalam entri Instagram (IG), petang ini.

“Akhirnya, selepas lima tahun. Alhamdulillah, saya cintakan awak @imamemy disertai dengan tanda pagar #imampadahannah,”

– HANNAH DELISHA

Menarik perhatian, bapa Hannah, Peter Birch memberi komen dalam entri IG anaknya.

“Saya bangga dan gembira untuk kamu anakku. Saya mendoakan kamu dan Imam memperoleh kegembiraan dan sukses hidup bersama,” tulisnya.

Menurut laporan Kosmo! Online, pengurusnya, Dura Aiman mengakui pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch itu sememangnya sangat berahsia apabila berkaitan hal peribadi.

“Hannah merupakan seorang yang sangat-sangat menjaga privasi. Hannah akan keluarkan kenyataan media secepat mungkin. 

“Macam saya cakap tak semua perkara saya boleh bercakap mewakili pihaknya. Bagi sedikit masa. Hannah dan imam sudah rancang berkahwin sejak lima tahun lepas,” 

– Dura Aiman (Pengurus)
HANNAH DELISHA

Selain itu menurut Dura, gambar yang bertebaran di media sosial sekarang bukanlah adegan drama tetapi memang majlis akad nikah Hannah bersama suaminya, Imam Shah.

“Majlis berkenaan ringkas dan kecil serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Cuma, saya tidak boleh berkongsi lebih lanjut kerana pihak pengurusan tidak terbabit dalam perkara ini.

“Kami dimaklumkan mengenai majlis nikah pada hari ini, cuma menurut Hannah, dia sendiri akan berkongsi butiran lanjut,” 

– Dura Aiman (Pengurus)

Sementara itu, Imam pula menerusi IG turut memuat naik foto sedang menyarungkan cincin pada jari manis pelakon yang melonjak populariti menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu.

Imam memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana majlis perkahwinannya dengan Hannah berjalan lancar.

“Selalu bersama awak. Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

“Saya cintakan awak, Hannah Delisha,”

– Imam Shah
HANNAH DELISHA

Ketika ini, syarikat pengurusan Hannah memaklumkan kenyataan rasmi akan menyusul tidak lama lagi.

Difahamkan, majlis akad nikah Hannah dan Imam hanya dihadiri keluarga terdekat. 

Hannah dan Imam dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta ketika berlakon bersama di Singapura.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Salam Takziah, Ibu Radin ERA Meninggal Dunia

Tahniah! Syanie Hisham Bertemu Jodoh, Kini Bergelar Isteri Kepada Zahril Hafiz