Filem seram versi reboot, RAHSIA terbitan Astro Shaw bersama Five Star Trading telah melebarkan sayap dengan menembusi pawagam di Kemboja bermula 15 Januari lalu.
Bagi pasaran di sana, filem Rahsia menggunakan tajuk yang diterjemahkan dalam bahasa lokal iaitu ទាយាទស្នងអាគម (Heir of the Black Magic).
Tahun lalu, Rahsia telah berjaya mencatatkan kutipan pawagam RM6.2 juta. Rahsia merupakan arahan Shamyl Othman, yang juga merupakan anak kepada pengarah filem asal iaitu Othman Hafsham, manakala skrip pula ditulis oleh penulis hebat dan creator siri popular One Cent Thief, Alfie Palermo.
Rahsia membariskan pelakon Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah dan ramai lagi.
Ia mengisahkan tentang Ramlah pulang bercuti ke rumah bapanya Tan Sri Karim sempena ulang tahun kelahiran beliau, bersama-sama suami serta dua anak mereka, Marina dan Saiful. Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Pihak polis yakin Saiful hilang, namun Ramlah mula diganggu kelibat anaknya. Mampukah Ramlah merungkai rahsia di sebalik kehilangan itu?