Tahniah dari Budiey.com buat radio Era FM yang masih mengekalkan gelaran Radio Nombor Satu Malaysia. Bukan mudah untuk mengekalkan kerana persaingan sangat sengit untuk mengumpulkan jumlah pendengar dan menarik mereka untuk terus mendengar radio.
Mengikut kajian, pendengar tidak sukakan iklan yang terlalu meleret sehingga mengalihkan tumpuan dan juga tidak suka dengan celoteh yang lama dari penyampai. Era FM dilihat begitu seimbang dari segi kedua-duanya.
Stesen radio ERA FM kekal sebagai stesen radio nombor satu negara setelah mengumpul 4.48 juta pendengar seminggu menurut keputusan Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2 untuk tahun 2012 yang diedarkan kepada media tengahari semalam.
Bukan sekadar stesen Melayu AMP Radio sahaja yang mengekalkan kedudukan sebagai radio popular, malah Astro Radio juga terus menguasai tiga tempat teratas stesen paling diminati pendnegar di negara ini.
Stesen radio milik Media Prima Berhad iaitu Hot FM pula kekal di tempat keempat seperti pengukuran sebelum ini dengan meraih 3.43 juta orang sementara Suria FM milik Star Media Group berada pada kedudukan kelima dengan jumlah pendengar 2.54 juta.
Astro Radio terus menerajui industri penyiaran radio negara dengan jumlah pendengar kumulatif 12.34 juta seminggu. Mengekori rapat ialah stesen radio SINAR fm di tangga kedua dengan 4.22 juta pendengar, manakala stesen radio THR (Raaga & Gegar) berada di kedudukan ketiga.
Jumlah Pendengar Astro Radio Seminggu:
- Era FM: 4.48juta
- Sinar: 4.22juta
- THR Gegar: 1.97juta
- Hitz FM: 1.7juta
- MyFM: 2.2juta
- THR Raaga: 1.68juta
Astro Radio terus mendominasi kedudukan Top 3 stesen radio paling popular Malaysia, manakala lima daripada lapan stesen radio di bawah naungan Astro Radio berada dalam senarai Top 10 antaranya MY FM di kedudukan keenam dan hitz.fm di kedudukan ke 7.
Astro Radio juga kekal di kedudukan pertama dalam semua kategori bahasa utama, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Berikut ini kedudukan tujuh terbaik jumlah pendengar stesen radio bagi pengukuran yang dibuat agensi kaji selidik Nielsen bagi separuh tahun kedua 2012.
1. Era FM – 4.48 juta
2. Sinar FM – 4.22 juta
3. THR (gabungan siaran Raaga & Gegar) – 3.63 juta
4. Hot FM – 3.43 juta
5. Suria FM – 2.54 juta
6. MY FM – 2.2 juta
7. Hitz FM – 1.7 juta