Pelbagai segmen program Sinar FM disajikan untuk menepati setiap cita rasa dan gaya hidup kumpulan sasar pendengar serta sentiasa diberikan sentuhan baru seperti segmen Sinar Pagi bersama trio popular, Salih Yaccob (SY), Krill dan Kak Engku (KE) yang bukan sahaja menghiburkan malah menjadi pilihan ramai pendengar setiap pagi.
Program-program unik seperti segmen Arena Rock Keras dan Cetusan Hati dan Dedikasi adalah antara salah satu produk Sinar FM yang mempunyai identiti program tersendiri yang berjaya mengatasi populariti program radio lain di Malaysia.
Stesen Sinar FM yang telah pun bersiaran pada tahun 2004, secara tidak langsung menjadikan stimulasi deria pendengaran sebagai satu platform merapatkan jurang genre muzik lama dan terkini dengan mempelbagaikan variasi dan seleksi lagu- lagu terpilih mengikuti perkembangan semasa. Pendekatan relevan yang kreatif serta memenuhi cita rasa semasa dengan menerajui genre muzik baru dan lama serta gabungan tenaga personaliti popular negara menjadikan Sinar FM sebagai stesen radio pilihan utama.
Bermula 12 Januari 2015 lalu, Sinar FM mencapai sebuah halatuju baharu dari sudut pembaharuan penjenamaan logo, fokus tumpuan demografik pendengar, serta penekanan terbaharu yang lebih tertumpu kepada isi kandungan yang lebih ke arah gaya kehidupan Melayu moden pada masa kini. Pencapaian Sinar FM yang telah berkembang selama 10 tahun telah memberikan impak terhadap pendengar. Dengan adanya kempen Komen Sinar sebelum ini, pedengar secara keseluruhannya bersetuju dengan pembaharuan yang bakal dilaksanakan.
Sinar FM, terkini lebih tertumpu terhadap golongan pendengar Melayu moden yang berstatus bujang mahupun sudah berkahwin. Selain itu, seiring peredaran zaman Melayu moden Sinar FM terkini akan menyelitkan kandungan program yang berunsur kerohanian bagi memenuhi keperluan informasi secara umumnya buat pedengar di bandar dan luar bandar.
Lebih mementingkan keperluan dan kehendak pendengar, sebagai pembaharuan Sinar FM akan mementingkan aspek kehidupan sosial kaum Melayu, semangat serta kejayaan yang dikecapi masyarakat Melayu moden, dan sentiasa memupuk budaya befikir secara matang dan sentiasa konfiden dan positif dalam melakukan apa jua perkara seharian. Tumpuan golongan pendengar pula kini tertumpu terhadap pendengar berumur 25 – 39 tahun.
Jika sebelum ini Sinar FM menerapkan Muzik Retro Terbaik sebagai tagline, kini Sinar FM menjadikan stesennya yang sentiasa menyinari kehidupan para pedengar terutamanya pendengar Melayu moden dengan tagline terbaharu “MENYINARI HIDUPMU”.
Dari segi pemilihan muzik, Sinar FM juga menyelitkan lagu-lagu berunsurkan kerohanian dan mempunyai nilai-nlai positif kemasyarakatan. Jika sebelum ini, muzik yang dimainkan bermula pada era 70 an, tetapi untuk pembaharuan pada tahun ini pihak Sinar FM mula memainkan rentak muzik era 90’an sebagai pilihan dan kegemaran pedengar. Namun, pedengar masih dapat berhibur bersama era muzik bermula 80’an, 90’an, 20’an sehingga terkini bagi mengikut peredaran muzik semasa. Ini antara pembaharuan yang kami berikan kepada pendengar dan membezakan stesen Sinar FM dengan stesen yang lain.
Menurut Pengurus Kandungan Sinar FM, Rasidah Khasim,
“Sinar FM turut menjadikan medium terbaik bagi mendapatkan kehidupan seharian masyarakat yang sihat dan harmoni. Segala aspek isi kandungan yang positif amat penting bagi meningkat nilai-nilai positif dikalangan pedengar Melayu moden. Unsur-unsur kandungan termasuklah tips-tips mengekalkan hubungan kekeluargaan mahupun masyarakat yang wajib ditekankan dalam masyarakat Melayu moden pada masa kini. Penerapan juga diberikan dari sudut soal jawab mengenai aspek kerohanian yang mendalam melalui slot-slot khas yang bakal menarik perhatian pedengar yang mementingkan kehidupan sebagai masyarakat Melayu moden berkerohanian tinggi.”
Tambah Rasidah Khasim,
“Bersesuaian dengan tagline “Menyinari Hidupmu” pihak kami telah melancarkan kempen #harapansemangatkekuatan di mana, kami ingin memberi harapan semangat dan kekuatan kepada pendengar-pendengar. Inspirasi kempen ini diberikan lebih perhatian setelah berbagai perkara yang telah kita lalui sepanjang tahun lepas. Penyampai Sinar FM akan berada di lokasi-lokasi tertentu untuk menghulurkan atau membantu masyarakat bermula dengan membayar minuman kanak-kanak di sekolah dan diikuti pelbagai lagi aktiviti kea rah memupuk semangat dan kekuatan kepada masyarakat. Dengan harapan, pendengar juga akan melakukan kebaikan terhadap orang lain.
Pada tahun 2015 ini, impian Sinar FM adalah ingin menjadikan tahun ini sebagai tahun yang sangat menyenangkan hati dan persekitaran yang positif terhadap masyarakat dan sentiasa memilih serta membezakan kebaikan atau keburukan. Untuk mendapatkan pedekatan yang baharu, kami memulakan kempen ini pada bulan Januari 2015. Diharapkan, agar semua pendengar kami turut melakukan perbuatan kearah kebaikan bagi menjadikan tanahair kita Malaysia hidup dalam masyarakat yang harmoni pada tahun ini.”
Bersesuaian dengan tagline yang diberikan, adalah isi kandungan yang dipilih turut memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan sesebuah program untuk menjadi lebih menarik. Antara isi kandungan penjenamaan baharu Sinar FM, termasuklah elemen-elemen penggunaan media Melayu moden pada masa kini seperti campuran isi kandungan dalam dan luar negara. Contohnya, memberikan informasi terhadap telenovela, filem-filem, sukan, program berunsurkan kerohanian dan program realiti TV.
Sinar FM juga mengubah semula gaya kehidupan yang diterapkan sebelum ini kearah lebih moden. Sebagai contoh, stesen ini bakal berinteraksi lebih di sosial media. Selain itu, penerapan nilai-nilai positif ini bakal diberikan terutamanya kepada penggemar fesyen yang terkini beragama Islam dan masyarakat Melayu konservatif yang mementingkan aspek kekeluargaan. Kepentingan yang ditekankan disini sekali lagi tertumpu terhadap masyarakat Melayu moden yang selari dengan era perkembangan semasa.
Kelebihan yang ada pada kandungan Sinar FM kali ini adalah komunikasi dua hala yang berkesan antara pendengar dan penyampai radio terutama dalam beberapa sesi soal jawab berunsurkan kerohanian yang relevan dengan gaya hidup masa kini.
Informasi Sinar FM
Sinar FM, telah mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen No.2 Bahasa Melayu di Malaysia dengan jumlah pendengar mencecah 3.7 juta dan rancangan Sarapan Pagi Sinar FM, Sinar Pagi mengalami peningkatan dari sudut jumlah pendengarnya yang mencapai 1.9 juta orang setiap minggu. Manakala, jumlah Pendengar Eksklusif Sinar FM juga meningkat dari 846,000 kepada 1.1 juta orang dengan purata masa yang diluangkan oleh para pendengar dicatatkan selama 9 jam 46 minit.
Kieran
Kak Bed
Sentiasa dengarkan Sinar FM Menyinari Hidupmu!
Program (Isnin – Jumaat)
6.00 pagi – 10.00 pagi Sinar Pagi bersama Salih Yaccob, Kak Engku dan Krill
10.00 pagi – 3.00 petang Sembang Sinar bersama Abby Fana
3.00 petang – 7.00 petang Santai Sinar bersama Feeya dan Zaidi
7.00 malam – 8.00 malam Laman Rohani Sinar
8.00 malam – 12.00 malam Sinar Malam bersama Jamal Jamaluddin
12 malam ke atas Menyinari Hidupmu