in ,

Rahsia Sebalik KAU AKU KITA Jadi Drama Pilihan Penonton di DFKL 2016

Malam Sabtu lalu, telah berlangsungnya Anugerah DFKL 2016 yang dipancarkan secara langsung di TV3 jam 9 malam dari Dewan Tun Dr. Ismail di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang memperlihatkan drama Kau, Aku, Kita membolot 6 enam anugerah yang turut menobatkan drama terbitan JS Pictures ini sebagai drama pilihan.

Penganjuran anugerah DFKL 2016 adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan buat pelakon, pengarah, penulis skrip dan drama yang menjadi pilihan penonton.

Malam penuh prestij ini ditaja oleh penaja utama Coca Cola bersama rakan penaja iaitu Samsung dan CJ Wow Shop dihoskan oleh dua orang pelakon iaitu Fattah Amin, Amyra Rosli bersama Fizi Hot FM.

pengacara DFKL 2016

Acara karpet merah dengan tema “Fashionably Forward” turut berlangsung meriah dengan pelbagai gaya yang menjadi pilihan para artis dan juga tetamu jemputan di mana ianya turut disiarkan secara langsung di Hip TV, TV9 pada jam 8.30 malam dan dikendalikan oleh Izzue Islam dan juga Hani Hatim.

Menurut Cik Sherina Nordin selaku Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9,

”Anugerah DFKL 2016 meraikan para peminat yang selama ini memberi sokongan padu terhadap drama-drama tempatan khususnya terbitan TV3 dan TV9 yang mendapat sambutan iaitu rating dua tertinggi sepanjang tahun 2015 bermula Januari hingga Disember tahun lalu. DFKL 2016 turut fokus untuk mencari bakat-bakat baharu dan bagi yang terpilih akan berpeluang muncul dalam drama-drama di slot utama terbitan TV3 dan TV9. Enam bakat baharu ini telah dicungkil bakat mereka melalui siri jelajah DFKL 2016 yang diadakan di Johor Bahru, Kedah dan Kuala Lumpur. Semestinya Drama Festival Kuala Lumpur yang merupakan kerjasama di antara TV3 dan TV9 ini akan diteruskan lagi untuk terus memartabatkan industri seni lakonan dalam melahirkan bakat-bakat baharu dan perkongsian ilmu yang berguna kepada orang awam”.

Penyampai anugerah Izara Aishah & Fadlan Hadzim

Maklumat lanjut mengenai enam bakat baharu yang terpilih di sesi ujibakat DFKL 2016 dan drama yang bakal menampilkan mereka buat pertama kali ialah:

  • – Muhammad Syazuwan, 25 Tahun, Selangor (Mr. Donut Karamel, Lestary, JS Pictures)
  • – Amirul Faqim bin Ahmad Zukepre, 26 tahun, Selangor (Bagaikan Kelip-Kelip, Azalea, Orangetree Production)
  • – Muhammad Nafiz Muaz, 18 tahun, Kedah (Sweetie Nanie, Lestary, Creative Skill Solution)
  • – Hani Shuhanti, 29 tahun, Selangor (Meh! Sandar Pada Aku, Dahlia, Zeel Production)
  • – Siti Hajar Iliyes, 21 tahun, Johor Bahru (7 Hari Mencintaiku, Akasia, Pena Creative)
  • – Nur Indah Emerrlda, 7 tahun, Selangor (Jalan Balik Surau, Cerekarama, JS Pictures)

DSC_7006

Malam anugerah DFKL 2016 menampilkan kelainan dengan persembahan Koir Kebangsaan yang diketuai oleh Shafinaz Selamat dengan lagu Hukum Karma, mash up Isabella, Fantasia Bulan Madu dan Opera Hidup diiringi kumpulan The Majistret.

Pentas turut diwarnai dengan persembahan tarian yang menampilkan pelbagai emosi oleh Floor Fever Crew, nyanyian lagu medley OST drama oleh juara Mentor Milenia iaitu Fareez bergandingan dengan Qody dan Wanie. Koir Kebangsaan turut mengiringi persembahan penutup yang penuh bertenaga oleh pemenang Anugerah Juara Lagu ke-30 iaitu Akim & The Majistret dengan lagu Mewangi dan Obses.

Anugerah berdasarkan undian peminat secara keseluruhan ini telah dibuka bermula 1 Februari hingga 6 Mac di laman web rasmi www.dfkl.com.my.

penyampai anugerah-izreen azminda, sherry al-hadah, rita rudaini

Senarai lanjut mengenai 9 kategori yang telah dipertandingkan dan pemenangnya adalah seperti berikut:

1) Aktor Hero Pilihan: Saharul Ridzwan (Kau, Aku, Kita)

2) Aktres Pilihan: Janna Nick (Kau, Aku, Kita)

3) Skrip Pilihan: Rehal Nuharis (Kau, Aku, Kita)

4) Drama Pendek Pilihan:

i- Pemenang Pertama: Kembara Si Kecil- Pengarah: Muhammad Firdhaus Rahmat (RM 10,000)

ii- Pemenang kedua: Selimut Jalanan – Pengarah: Shazreen Fazlynda Binti Fazli Ku (RM5, 000)

iii- Pemenang ketiga: Agus Suparman – Pengarah: Abu Stopa (RM3,000)

5) Direktor Pilihan: Azman Hj. Yahaya (Kau, Aku, Kita)

6) Antagonis Pilihan: Ruhainies (Hello Mr. Perfect!)

7) Lagu/OST Pilihan: Sissy Iman (Mungkin Kamu – Eksperimen Cinta)

8) Pasangan Pilihan: Saharul Ridzwan & Janna Nick (Kau, Aku, Kita)

9) Drama Pilihan: Kau, Aku, Kita (JS Pictures)

Antara penyampai anugerah pada malam ini ialah Nazim Othman & Uqasha Senrose, Fadlan Hadzim & Izara Aishah, Izreen Azminda, Rita Rudaini & Sherry Al-Hadad, Shafiq Kyle & Azira Shafinaz, Adi Putra & Mira Filzah.Malam Anugerah DFKL 2016 turut bersiaran secara langsung dengan siaran berdefinisi tinggi (HD) di laman web www.tonton.com.my. Ikuti laman web rasmi TV3 / TV9 di www.tv3.com.my / www.tv9.com.my dan laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia / TV9Malaysia untuk maklumat lanjut.

Penyampai Anugerah-Uqasha Senrose & Nazim Othman

persembahan Akim & The Majistret

persembahan dari mentor milenia

persembahan floor fever crew

Sidang media pemenang drama pilihan

Pemenang Aktor Hero Pilihan-Saharul Ridzwan

Pemenang drama pilihan-Kau, Aku, Kita

pemenang drama pilihan

pemenang pasangan pilihan

Pemenang Skri Pilihan- Rehal Nuharis

pemengang drama pendek pilihan- muhammad firdhaus

MENGENAI TV3
Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa relevan dan memberi nilai kepada penontonnya menerusi pelbagai program yang merangkumi berita dan isu semasa, kemasyarakatan, keagamaan, majalah dan dokumentari, hiburan, sukan dan drama. Terus mengekalkan kedudukannya sebagai stesen TV Premium Mass Malay, TV3 masih mengekalkan kedudukannya sebagai stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan memaparkan program-program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Nona, Majalah 3, Wanita Hari Ini (WHI) dan Malaysia Hari Ini (MHI). Tambahan lagi TV3 tetap berjaya menyentuh jutaan penonton melalui slot-slot drama Akasia, Lestary, Azalea, Samarinda, Iris, Aksi dan Cerekarama serta pelbagai kempen dan program TV lain yang menarik untuk penonton setianya.

MENGENAI TV9
Sejak ditubuhkan pada 2006, TV9 telah mengembangkan sasaran kepada golongan muda dan tampil sebagai stesen percuma nombor 2 negara dan saluran sukaramai golongan kanak-kanak. Untuk mengekalkan kedudukannya pada tahun 2016 ini, TV9 akan terus memberi fokus kepada golongan muda masyarakat Melayu dan penonton di bandar tanpa melupakan penonton setia sedia ada. Ini dapat diterjemahkan menerusi penampilan yang lebih segar dengan menumpukan kepada hiburan, drama, komedi dan realiti untuk memuaskan kehendak segmen sasaran. Antara susunan menarik TV9 termasuklah slot Azalea, slot antarabangsa iaitu drama Korea “Chamsarang”, filem Korean “Saranghae”, gameshow Korea “Daebak!”, filem Hollywood “Movie Night” dan juga slot “9X” yang merupakan program eksperimental bagi Remaja. Tidak ketinggalan juga program signature stesen seperti Hip TV, NLKO, Upin Ipin menerusi slot Bananana! serta S.I.S, Hijabstailista, Tanyalah Ustaz dan Tanyalah Ustazah menerusi slot Raudhah. Selain itu, TV9 juga mempunyai kempen Raudhah Di Hatiku khas buat penonton setianya.

ABOUT COCA-COLA

In addition to Coca-Cola, one of the world’s most valuable brands, the Coca-Cola system in Malaysia manufactures, markets and distributes over 20 products including sparkling beverages (Fanta, Sprite, A&W, Schweppes), zero-calorie sparkling beverages (Coke light, Coke zero), juice drinks (Minute Maid Pulpy), teas (Heaven and Earth) and water (Dasani). Coca-Cola has invested more than RM750 million in Malaysia since 2010, creating more than 800 jobs and touching over 60,000 customers. Through its programmes and partnerships Coca-Cola Malaysia aims to make a lasting positive difference in the local community. From promoting active lifestyles through their partnership with the Olympic Council in Malaysia, to working with Raleigh International and Muslim Aid Malaysia to provide access to clean water for more than 21,600 villagers in rural Sabah, and economically empowering women in East Malaysia through the SURI entrepreneurship programme – Coca-Cola is committed to building sustainable communities in Malaysia.

ABOUT SAMSUNG
Samsung Electronics Co,. Ltd. Inspires the world and shapes the future with transformative ideas and technologies, redefining the worlds of TVs, smartphones, wearable devices, tablets, cameras, digital appliances, printers, medical equipment, network systems, and semiconductor and LEF solutions. We are also leading in the Internet of Things space through, among others, our Smart Home and Digital Health initiatives. We employ 319,000 people across 84 countries with annual sales of US $196 billion. To discover more, please visit our official website at www.samsung.com and out official blog at news. Samsung.com/global.

ABOUT CJ WOW SHOP
CJ WOW SHOP is an innovative home shopping network that is accessible across television, online and mobile platforms, bringing to Malaysians a uniquely visual, interactive and immersive experience. Established in 2016, the company discovers and provides high quality products and services aimed at enriching people’s lives. As the foremost customer-oriented media commerce company in Malaysia, we enable people to shop at their own comfort, whether it is at home or anytime, anywhere. CJ WOW SHOP makes home shopping perfect by synergising strengths and expertise of the joint-venture between Malaysia’s largest integrated media group, Media Prima Berhad and the global leader in the home shopping business from South Korea, CJ O Shopping Co. Ltd. For more information, visit: www.mediaprima.com.my and www.cjoshopping.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elly Mazlein Namakan Puteri Sulungnya Putri Sara Sefhia

Hunny Madu & Aman Ra Bergabung Untuk Single HELLO