Sebelum ini, Budiey sempat berkongsi dengan korang semua tentang ekstrak Hemma Sakura yang menjadi ramuan utama Sabun GLAMOROUS FUCHSIA.
Pada kali ini, Budiey mahu dedahkan pula bahan-bahan berkhasiat lain yang terkandung dalam produk ini bagi menyerlahkan kulit wajah yang lebih sempurna, anjal dan bersinar.
ASID LAKTIK
– Menghilangkan kotoran dan menanggalkan sel kulit mati agar wajah lebih bersih, segar dan lembut.
– Menanggalkan permukaan sel kulit mati untuk membantu pembersihan lebih mendalam, menjadikan ton kulit lebih sekata dan menghilangkan kedutan wajah secara beransur-ansur
– Boleh ditemui dalam kebanyakan produk yang berasaskan tapai atau ditapaikan seperti yogurt
– Pernah disenaraikan dalam regimen kecantikan Cleopatra yang terkenal dengan mandian susu dipercayai untuk mengekalkan kecantikannya
– Dianggap sebagai salah satu Asid Alpha Hydroxyl (AHA) yang terbaik kerana ia bertindak lebih lembut berbanding AHA lain
– Merangsang biosintesis seramida yang dapat meningkatkan tahap seramida subkutaneus untuk membantu melembap dan meningkatkan ketahanan kulit
ASID HYALURONATE (HA)
– Turut dikenali sebagai hyaluronan. Ia terdapat dalam glycosaminoglycan (Gags) secara semulajadi dalam menyediakan ‘bahan pengisian’ dan sokongan kuat pada kolagen
– Sebati dengan air, sekaligus menjadi bahan pelembap yang penting untuk pergerakan molekul dan proses badan
– Ditemui dengan banyaknya (kira-kira 5g) di dalam lapisan kulit (dermis) dan secara minimum di sekitar sel tanduk (keratinocytes) pada lapisan atas kulit (epidermis)
– Terkenal dengan kelebihan untuk melembap dan menjadikan kulit lebih anjal
– Mempunyai keserasian bio yang menakjubkan pada kulit
– Sesuai untuk kegunaan bahan kosmetik kerana ia melembap, melembut dan mengembalikan keanjalan dalam mencapai anti-kedutan dan kesan bersinar pada kulit wajah
– Meningkatkan tahap HA dan menghidratkan kulit kering, menjadikan kulit lebih lembut dan licin, mengurangkan garis penuaan dan kedutan serta menstruktur semula tisu penghubung
ALPHA-ARBUTIN
– Diekstrak daripada daun bearberry
– Menggalakkan pencerahan dan ton yang sekata pada semua jenis kulit
– Menyekat epidermal melanin biosynthesis dengan menghalang pengoksidaan enzimatik Tyrosinase dan Dopa, lantas memberikan kesan pencerahan pada wajah
– Berdasarkan kajian, ia bertindak menghalang Tyrosinase lebih baik daripada Beta-Arbutin
– Kajian terhadap 80 wanita berketurunan Cina menunjukkan 1% Alpha-Arbutin memberikan kesan pencerahan lebih pantas dan ketara selepas satu bulan penggunaan berbanding penggunaan komponen tunggal lain (Asid Kojic, Beta-Arbutin dan Hydroquinon)
Sabun GLAMOROUS FUCHSIA mengandungi Asid Laktik yang membersihkan kotoran dan menanggalkan kulit mati, menjadikan wajah lebih bersih, segar dan lembut. Haruman bunga yang lembut pada sabun ini adalah terapi terbaik.
Cara Penggunaan:
Basuh muka dengan air suam. Gosok sabun GLAMOROUS FUCHSIA pada tapak tangan sehingga berbuih. Sapu dan urut secara urutan membulat pada wajah dan leher. Bilas dengan air suam dan lap sehingga kering.
Dapatkan sabun GLAMOROUS FUCHSIA yang berharga RM39.90 sekotak dengan menghubungi 019-2222 696 sekarang.
Ikuti kami:
Instagram – @airishmiracle
Facebook – Airish Miracle Official
Web – www.airishofficial.com