Cerita Riza Amir, 26, isterinya itu mengajak dia berjumpa di Bangkok, Thailand hanya untuk memberitahu yang dia telah jatuh hati kepada Amir.
“7 Julai 2017 masa itu dia pergi ke Thailand dengan kawan dia yang nak balik kampung daripada Jerman.
“Lepas itu dia ajak saya jumpa tapi masa tu saya dekat New Zealand, saya pun macam p3lik kenapa tiba-tiba nak ajak jumpa dia dekat Bangkok.
“Segalanya bermula sewaktu kami ditakdirkan menjadi rakan sekelas pada 2016 dulu,” kata Michelle Maali sewaktu menceritakan detik-detik pertemuannya dengan Riza Amir di salah sebuah institut pengajian tinggi terbaik Jerman, Universiti Reutlingen.
Kedua-dua anak muda ini menyambung pelajaran dalam Ijazah Kewangan dan Perakaunan Utama Perniagaan Antarabangsa di Universiti yang sama.
“Jadi saya terus terbang dari New Zealand sampai ke Bangkok masa itu hanya untuk jumpa dia, untuk dengar dia confess kepada saya,”
Dalam perkembangan lain, Amir dan Michelle bakal melangsungkan majlis resepsi mereka pada 20 Ogos 2022 di Pulau Pinang.