Lama betul tidak lepak dan hangout dengan penyanyi dan penulis lirik Ana Raffali yang kini manis ayu bertudung. Kalau korang dah lupa, Ana Raffali pernah femes dengan lagu TOLONG INGATKAN AKU. Kalau tak tahu Ana Raffali yang mana satu, google je kat Youtube tu. Mesti keluar muzik video TOLONG INGATKAN AKU di mana pelakon filem PEKAK iaitu Zahiril Adzim jadi hero dalam MV tu.
Pada minggu lalu, Budiey sempat bertemu dengan Ana Raffali yang berkongsi cerita tentang anak yang lahir pada 12 Februari 2015 dan perkembangan terbaru.
Yelah, dah lama kot tak jumpa dan bersua muka dengan Ana Raffali yang kini masih menjadi teacher Bahasa Inggeris ni. Sekali jumpa, banyak pula kisah yang dia nak dikongsikan.
[dropcap]D[/dropcap]alam banyak-banyak cerita tu, Budiey tertarik dengan cerita tentang bagaimana beliau berusaha gigih untuk mendapatkan zuriat dan akhirnya menemui jalan serta cara beliau sendiri untuk hidup sihat iaitu dengan mengamalkan minuman susu kultur Yakult.
[pullquote align=”right”]Sehingga kini, walaupun anaknya sedang membesar minuman Yakult menjadi minuman kegemarannya setiap hari.[/pullquote]
Alang-alang berjumpa Ana Raffali di Kilang Yakult yang terletak Seremban, Negeri Sembilan tu, kami pun mengambil peluang keemasan untuk melawat dan melihat sendiri proses minuman Yakult ini dibuat dari A sampai Z.
Pada pagi yang damai itu, Ana Raffali tidak berseorangan, malah turut hadir bersama suaminya yang sentiasa tersenyum Ahmad Aznaim Abdullah dan anaknya comel dengan keletahnya.
Jauh di sudut hati, Budiey rasa bertuah pulak sebab berpeluang melihat sendiri minuman Yakult ni diproses. Selama ni, ada juga terlintas dalam fikiran, bagaimanalah Yakult ni diproses.
Apa yang Budiey lihat dalam iklan kat TV, setiap botol mengandungi lebih daripada 30 bilion strain Shirota hidup dan ia lebih dari mencukupi untuk memastikan kesihatan kita setiap hari.
Cakap pasal iklan TV tu teringat pula ada video youtube yang dilakonkan oleh duta terbaru Yakult iaitu Lara Alana anak kepada Scha Alyahya dan Awal Ashaari.
Budiey selalu jugak beli Yakult ni kat pasaraya. Memang tak sah kalau tak bawak balik dua set Yakult. Satu set Yakult Ace Light dan satu lagi Yakult Ace. Bukan apa, kekadang Budiey minum dalam 3 botol gak sehari. Memang sedap dan menyegarkan.
Untuk info, Kilang Yakult di Seremban ni adalah satu-satunya kilang Yakult di Malaysia, mula beroperasi Januari 2004. Ia dibuka kepada orang awam untuk membuat lawatan (isi borang tempahan di www.yakult.com.my).
Sehingga kini, lebih 2 juta orang pelawat telah datang melawat (kanak – kanak, pelajar sekolah/universiti, warga emas, institusi swasta, badan kerajaan dan sebagainya). Mengeluarkan hampir 470,000 botol minuman susu kultur Yakult Ace dan Yakult Ace Light sehari untuk pasaran Malaysia dan eksport ke Singapura.
Sebelum dapat anak, Ana Raffali dan suaminya usaha macam-macam untuk mendapatkan zuriat termasuklah mengurangkan makanan segera dan makan makanan sihat yang mengandungi zat serta pro-biotik.
Ana Raffali banyak membaca dan tertarik hati untuk mengetahui lebih lanjut tentang pro-biotik dan sedar pentingnya pemgambilan pro-biotik. Dari situ pasangan ini tergerak hati untuk mengubah gaya hidup dan cara pemakanan demi kesihatan.
Sebelum mengamalkan meminum Yakult, Ana kerap mengambil pil kapsul vitamin berbentuk tablet. Jadi, Ana memaksa dirinya untuk makan vitamin walaupun tak berapa suka dan beliau mengakui sebelum itu memang gemar mengambil makanan berminyak.
Video Youtube Ana Raffali berkongsi cerita:
“Alhamdulilah, pada 2014 saya rasa lain macam seperti alahan. Selepas buat pemeriksaan, saya didapati hamil. Memang gembira sangat. Dari situ saya dapat buat kesimpulan, badan saya sebelum ini badan saya bukanlah habitat yang sesuai untuk bayi lahir, mungkin tak cukup vitamin untuk mendapat anak dan kekuatan serta ketahanan badan untuk budak kecik ni membesar dalam badan.
“Semasa mengandung saya alah dengan pelbagai ubat dan kapsul. Kalau makan ubat, saya selalu sahaja rasa loya. Selalu je muntah. Lepas muntah tu, badan jadi letih. Sedangkan ibu mengandung perlu ada vitamin dan zat, kan? Jadi, saya kena cari jalan macamana untuk mendapatkan vitamin dengan cara yang lain.”
“Untuk pro-biotik, saya nak-tak-nak kena mengambil susu kultur. Probiotik ni seperti hulubalang istana untuk menangkis segala kuman jahat tu masuk dalam badan. Dalam banyak-banyak susu kultur di pasaran, saya tertarik dengan Yakult sebab ia ‘ikhlas’ di mana ia hanya ada satu perasa sahaja tak macam jenama lain yang ada banyak perisa. Sebenarnya, susu kultur Yakult ni sangat fleksibel di mana saya mencampur dengan smoothie atau jus buahan yang lain.”
“Alhamdulilah, selepas mengamalkan susu kultur setiap hari, pregnancy saya sangat mudah dan tak banyak masalah. Proses melahirkan anak saya juga sangat lancar. Saya pasti, saya telah bekalkan kepada bayi tu vitamin yang cukup. Walaupun selepas bersalin, saya meneruskan amalan meminum susu kultur. Saya jarang sakit dan bayi saya juga sihat dan jarang sihat. Bagi saya, badan kita setiap hari terdedah dengan kuman-kuman jahat, jadi kita setiap hari kena bersedia dengan anti-virus untuk menangkis kuman bakteria yang membawa penyakit.”
“Kenapa setiap hari kena minum Yakult? Sebab, bakteria ni pun ada jangka hayatnya sendiri. Ada yang survive dan ada yang lupus. Apabila kita minum setiap hari, kita akan memastikan bakteria baik sahaja ada dalam badan kita. Bakteria yang tak baik tu akan keluar sebagai bahan buangan. Alhamdulilah, setiap hari anak saya juga minum dan dapat melihat sendiri perbezaan dengan kanak-kanak lain… baby memang nampak cukup cergas, cepat belajar, perkembangannya pun lancar je sebab begitu aktif dan cepat membesar.”
Untuk pengetahuan pembaca, susu kultur Yakult yang dipasarkan di lebih 30 buah negara ini dicipta oleh seorang doktor bernama Minoru Shirota (beliau bukan seorang usahawan) dengan harapan dapat melindungi kesihatan orang ramai daripada penyakit.
Memang hebat dan bukan calang-calang orangnya.
Pada tahun 1920an di negara Jepun ramai kanak-kanak meninggal dunia kerana penyakit berjangkit dan penyakit-penyakit lain yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan.
Dr Minoru Shirota di Fakulti Perubatan, Universiti Kyoto berazam mencari jalan penyelesaian. Hasil penyelidikannya, beliau berjaya menjumpai /mengkultur sejenis bakteria asid laktik yang kuat dan berupaya sampai ke usus secara hidup (Lactobacillus casei Shirota strain bersempena nama beliau)
Maka, lahirlah Yakult – tahun 1935 (susu kultur dengan bakteria Shirota strain). Kalau di Jepun, orang kat sana sebut Yakulto.
Falsafah yang dipegang oleh Dr Shirota dan syarikat Yakult:
1. Pencegahan penyakit (mencegah lebih baik dari mengubati)
2. Usus sihat membawa panjang umur
3. Kesihatan yang baik untuk seramai manusia yang mungkin pada harga berpatutan.
Kalau kita dapat lihat, pembungkusan di Malaysia agak unik dan lain daripada yang dipasarkan di negara lain. Apa yang paling penting, Yakult telah mendapat pengiktirafan sijil Halal daripada JAKIM. Jadi tak payah nak was-was lagi ya.
Semasa sesi lawatan, Budiey dapat melihat sendiri pemprosesan Yakult menggunakan teknologi terkini dari negara Jepun yang mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi dengan kandungan bakteria probiotik hidup antara paling tinggi di pasaran – lebih 30 bilion Shirota strain dalam setiap botol Yakult.
Semasa lawatan, kami ditemani Pengurus Besar Perhubungan Awam dan Sains, Yakult (M) Sdn Bhd, Puan Mazlyn Mena Mustapha dan Sarah Zulkiflee, Eksekutif Perhubungan Awam Yakult (M) Sdn Bhd) di mana beliau memberi penerangan panjang lebar, menayangkan dokumentari saintifik/video animasi tentang probiotik dan sistem penghadaman.
Semasa dibawa masuk ke kilang pemprosesan, kami diberi taklimat oleh Sarah dengan cara yang paling mudah difahami dan sangat infomatif. Keadaan di kilang ni sebenarnya sangat simple di mana kami melalui jalan yang lurus dan keadaan di tempat itu nampak bersih, kemas dan teratur.
Melalui cermin, kami senang sekali melihat cara susu Yakult diproses dengan cukup cermat mengikut prosedur serta standard yang ditetapkan.
Tangki pengkulturan di mana bakteria Shirota strain dibiakkan bersama larutan susu.
Apa yang dapat Budiey simpulkan, produk yang dihasilkan dijamun mutu dan kualiti 100% dengan melalui ujian, analisa dan Quality Control yang buat oleh pakar terlibat. Memang cukup profesional pakar yang bekerja menguji dan memberikan yang terbaik untuk memastikan tahap kepuasan pengguna dan keberkesanan di tahap yang menepati piawaian.
Bayangkan, dalam satu hari paling banyak 700,000 botol Yakult boleh dihasilkan kalau kilang beroperasi dengan kapasiti penuh (full capacity).
Selain dapat menikmati minuman Yakult yang segar, pelawat juga dapat menyaksikan proses pembuatan minuman Yakult dengan menggunakan teknologi yang terkini melalui laluan khas bercermin.
Ini membolehkan pelawat melihat proses pembuatan tanpa menyebabkan pencemaran, kemalangan mahupun gangguan di kawasan pemprosesan.
Sesi lawatan dibuka setiap hari pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dan Sabtu tertentu dari pukul 8.30 pagi sehingga 3.30 petang.
Dari lawatan ini, Budiey dapat tahu beberapa perkara dan menjawab persoalan.
1. Ramai yang salah faham bahawa minuman susu kultur adalah untuk kanak-kanak sahaja. Sedangkan, Yakult adalah untuk semua orang kerana ia membantu kesihatan kita dengan menjaga keseimbangan bakteria baik dalam usus. Apabila umur kita meningkat, secara semulajadi bakteria baik akan berkurangan. Jadi, semakin umur meningkat, semakin penting untuk minum Yakult setiap hari.
2. Tiada sebarang had berapa banyak botol boleh diminum dalam sehari. Sekurang-kurangnya satu atau dua botol sehari sudah mencukupi untuk mendapatkan faedah kesihatan. Yang penting bukan minum banyak pada satu masa, tapi meneruskan minum sekurang-kurangnya satu botol Yakult sehari, setiap hari untuk jangka masa panjang.
3. Mana lebih baik, Yakult Ace atau Yakult Ace Light?
Kedua-duanya sekadar memberi pilihan, tiada istilah satu lebih baik daripada yg satu lagi. Kedua-dua produk mempunyai fungsi dan keberkesanan yang sama, iaitu menyampaikan lebih 30 bilion bakteria baik hidup ke usus untuk membantu kesihatan kita.
Yakult Ace Light hanyalah satu pilihan bagi mereka yang mahukan rasa yang kurang manis atau mereka yang mahu mengurangkan kadar pengambilan gula.
Yakult Ace pula adalah satu pilihan bagi mereka yang inginkan faedah tambahan kalsium dan vitamin-vitamin B6, B12, D dan Niasin (Vitamin B3).
4. Kenapa botol Yakult kecil sangat?
Satu botol kecil Yakult mengandungi lebih daripada 30 bilion strain Shirota hidup, lebih dari mencukupi untuk memastikan kesihatan kita setiap hari (Yakult bukan ‘penghilang dahaga’ ya!)
Yakult sepatutnya diambil sebagai tambahan kepada makan/minum kebiasaan kita. Jadi, lebih selesa jika botol Yakult kecil supaya kita boleh menikmatinya setiap hari sebagai sebahagian dari pemakanan seimbang.
Botol kecil mengelakkan pencemaran. Botol besar yang tidak dihabiskan semuanya mungkin dibiar terbuka, jadi ada kemungkinan berlaku pencemaran oleh bakteria lain.
5. Kenapa Yakult hanya ada satu perasa?
Sebagai minuman kesihatan, Yakult tidak mengandungi bahan pewarna, hanya bahan perisa yg berasaskan buah sitrus (Jika ada pelbagai perisa kita memerlukan tambahan bahan pewarna dan pengawet!) Perisa original Yakult ini amat popular dan digemari oleh 35 juta orang di 33 buah negara di seluruh dunia setiap hari.
Menangi Lawatan Ke Jepun Dengan Menyertai Peraduan Beli & Menang
[dropcap]B[/dropcap]uat julung kalinya, Yakult mengadakan peraduan Beli & Menang – hadiah utama adalah percutian ke negara Jepun untuk 3 keluarga bersama duta Yakult, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Lara Alana, serta percutian akan diberi liputan istimewa dalam rancangan Nona (TV3). Apa yang anda perlu buat ialah, anda cuma perlu kumpulkan pembalut plastik pek Yakult dan tulis slogan, tempoh peraduan 28 Ogos – 15 Oktober 2016.
Maklumat lanjut boleh dapati di www.yakult.com.my
Hashtag #YakultJomJepun #WinYakultVacay #yakultmalaysia