Dengan kemunculan ramai artis-artis lama yang mencuba nasib semula untuk mencorakkan semula karier seni mereka pada tahun 2014 ini, apakah artis baru akan rasa tergugat? Selain daripada Raja Ema, Zureda dan Ramlah Ram yang telah kembali aktif menyanyi, Rahimah Rahim pula akan muncul semula untuk menyerikan semula industri muzik tempatan.
Khabarnya, penyanyi era 80an yang pernah popular dengan lagu ‘Gadis dan Bunga’ serta ‘Selamat Berhari Raya’ ini akan berduet bersama penyanyi baru yang pernah menyanyikan semula lagu Raja Ema, iaitu Lynnzay. Apakah memang sasaran Lynnzay untuk mengembalikan semula era 80an? Apa jadi agaknya pada rancangan duetnya dengan Raja Ema?
Kami tidak pasti samada lagu baru atau lagu lama Rahimah Rahim kah yang akan disampaikan tapi yang memang kami pasti, mereka akan meriliskan single bersama tidak lama lagi dan kami pasti ianya akan jadi gabungan yang unik memandangkan Rahimah Rahim sendiri merupakan ikon fesyen dan muzik terkenal pada zaman 80an dahulu.
Walau bermastautin di Singapura, penyanyi dan pelakon Rahimah Rahim lebih kerap ke Malaysia untuk meneruskan karier lakonannya. Wah, baguslah. Kalau pada tahun 2005, beliau giat berlakon Bukan Yang Pertama, di bawah arahan sepupunya Ogy Ahmad Daud, sekarang dah tiba masa, Rahimah Rahim buat comeback, kan?
Mari kita nantikan. SELAMAT KEMBALI kepada Rahimah Rahim!