Pengarah Urusan Peace World Entertainment, Usaid Hamdi yang mewakili Naim berkata, Naim mengadu kesakitannya semakin teruk sejak semalam.
“Selepas kemalangan, dia bertahan dengan ubat penahan sakit dan masih nak teruskan untuk bekerja. Tapi, semalam dia mengadu yang rahangnya bertambah sakit.
“Jadi, pihak kami dinasihatkan doktor supaya memberi ruang untuk Naim berehat buat sementara waktu,”
– Usaid Hamdi
Usaid ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Lara hari ini, juga memaklumkan bahawa Naim tidak dapat hadir.
“Dia tak dapat hadir dan tak dapat buat persembahan. Jadi, kami mohon supaya semua pihak dapat mendoakan kesejahteraannya dan semoga dia dapat pulih secepat mungkin,”
– Usaid Hamdi
Khamis lalu, Harian Metro melaporkan mengenai Naim yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) menyebabkan rahangnya terkehel dan darah beku dalam gusi.
*Sumber: Harian Metro