Lebih tujuh dekad bersiaran sejak 1 April 1946, RTM sebagai stesen unggul kerajaan bergerak seiring dengan kehendak semasa serta melaksanakan transformasi radikal untuk menjadi pilihan utama penonton terutama dalam kalangan peminat sukan.
Menerusi program “Planet Sukan” terbitan Unit Sukan TV RTM yang bersiaran secara langsung dari Pusat Siaran Antarabangsa (IBC), Angkasapuri, Kuala Lumpur setiap Ahad, pukul 10.00 malam di TV1, menjadi medan kepada peminat sukan berkongsi perkembangan dan info sukan bersama panel undangan yang pakar dalam bidang masing-masing.
Menampilkan gandingan pengacara yang tidak asing lagi, Tabah Syazwan dan Jeed Zulkifli, program ini memperkenalkan beberapa segmen yang bukan sahaja membicarakan tentang isu tertentu semata-mata sebaliknya program ini turut membantu mempromosikan aktiviti sukan yang ada.
Ikuti segmen menarik diberi tajuk ‘Hot Spot’ yang berkongsi paparan dengan semua penonton mengenai lokasi sukan menarik di Malaysia. Segmen ini berdurasi lima minit.
Segmen ‘Infotekno’, segmen teknologi sukan bersama-sama Institut Sukan Negara (ISN) yang memaparkan kemudahan sukan, fasiliti, teknik perubatan dan rawatan pemulihan atlet.
Tajuk dan isu-isu terkini dalam menjayakan program ini dan sekaligus menarik perhatian lebih lagi penonton yang mahu mengikuti perkembangan sukan dalam dan luar negara.
Usah ketinggalan menyaksikan episod siaran 7 Julai iniyang mengetengahkan tajuk “Ragbi : Sendu Menuju Puncak”. Menariknya hos di studio bakal membicarakan dan mengupas topik menarik ini bersama-sama tetamu undangan khas, Dato’ Shahrul Zaman Yahya, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia yang tidak asing lagi dalam arena sukan ragbi negara.
Justeru kepada peminat industri sukan, usah lepaskan peluang berkongsi informasi dan kupasan menarik sukan sepanjang sejam siarannya ini, setiap Ahad, pukul 10.00 malam di TV1.