in ,

Radio Hot FM Radio Nombor Satu di Malaysia

Tahniah buat Hot FM kerana berjaya telah menjadi radio nombor SATU di Malaysia!

Dalam jangkamasa yang singkat, Hot FM dan Fly FM telah membuktikan bahawa kehadiran mereka dalam bidang penyiaran radio telah berjaya mendominasi industri tersebut di Malaysia. Hasil kajian terbaru yang dijalankan oleh Nielsen Media Research jelas menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan yang berjaya dicapai oleh stesen-stesen radio milik Rangkaian Radio Media Prima.

CATATAN KAJIAN YANG MEMBERANGSANGKAN

Hot FM telah merekodkan peningkatan pendengar secara konsisten dan kini merupakan stesen nombor 1 Malaysia *bagi pendengar secara purata, stesen nombor 1 untuk lingkungan bawah umur 34 tahun dan merupakan stesen nombor satu negara bagi pasaran di bandar-bandar utama secara terkumpul: KL/PJ, Johor Bahru, Pulau Pinang, Seberang Prai dan Ipoh. Menurut kajian terbaru yang dikeluarkan oleh Nielsen Media Research (NMR), Hot FM kini berjaya mencatatkan kenaikan pendengar dari 2.9 juta dalam tahun 2006 ke 4.3 juta pendengar.

Persaingan sihat dan ternyata sengit dikalangan radio tempatan akhirnya membuahkan hasil apabila Hot FM AM Krew (yang dihoskan oleh Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007, Fara Fauzana & Faizal Ismail) kini program radio nombor 1 di Malaysia dengan mencatatkan jumlah kenaikan sebanyak 19% dari kajian yang lalu.

FAKTA Hot FM
• Stsesn nombor satu secara keseluruhan bagi pendengar secara purata

• Stesen nombor satu bagi lingkungan umur bawah 34 tahun

• Hot FM AM KREW yang dihoskan oleh Penyampai Radio Popular ABP Berita Harian 2007, Faizal Ismail dan Fara Fauzana merupakan program radio nombor satu Malaysia

• Stesen nombor 1 untuk pasaran utama secara terkumpul: KL/PJ, Johor Bahru, Pulau Pinang, Seberang Prai dan Ipoh.

• Hot FM mencatat angka tertinggi untuk golongan isi rumah yang memiliki pendapatan terkumpul sebanyak RM5,000 sebulan ke atas berbanding radio pesaing

• Hot FM mencatat angka tertinggi bagi kumpulan sasaran pelajar serta pekerja kolar putih, berbanding pesaing utama.

• Hot FM mencatat jumlah “jangka masa mendengar” lebih tinggi berbanding pesaing terdekat, iaitu 10.4 jam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lafaz Cerai Pelik Mazidul Akmal Sidik

Gambar Birthday Suprise Party Hannah Tan