Hot FM kini Cool FM? Segalanya bakal terungkai pada Jumaat ini, 26 September 2014 apabila satu wajah berupa pengisian terbaharu yang bakal diperlihatkan oleh stesen tersebut.
Hot FM, tidak pernah kering idea dalam memberikan pengisian yang terkini kepada pendengar mereka. Pengisian kali ini ternyata begitu menarik kerana tidak kedengaran gimik atau desas desus pertukaran tersebut.
Masih kekal dengan sasaran pendengar di bawah 35 tahun, Cool FM akan menghiburkan pendengarnya dengan pelbagai kandungan yang menarik. Antara lain siaran luar secara langsung untuk segmen Cool FM Zon kendalian Deen. Menerusi siaran luar ini, pendengar dapat mendengar sebuah mini showcase yang akan menghidangkan Salam Muzik serta Amir Jahari sebagai artis undangan. Bakal menyajikan hampir 8 lagu setiap artis, siaran ini juga turut menjemput 4 orang pendengar bertuah bersama seorang rakan untuk menyaksikan sendiri detik istimewa Cool FM, malam itu nanti.
Selain itu, Cool FM juga akan mengetengahkan topik-topik yang berkaitan dengan perkataan ‘cool‘ itu sendiri di mana secara langsung ianya bakal mengembalikan nostalgia pendengar. Imbasan lagu-lagu paling ‘cool‘ serta artis paling ‘cool‘ dalam drama akan mampu membuatkan pendengar samada setuju atau tidak dengan pilihan penyampai Cool FM nanti.
Untuk mengalami kelainan Cool FM, pendengar diseru untuk mendengarkan stesen berkenaan pada frekuensi 97.6FM di Lembah Klang serta frekuensi biasa Hot FM di seluruh negara pada 26 September 2014, Jumaat ini.