in , ,

Radhi OAG Tukar Fakta, Sah Ceraikan Isteri Sejak Mac

Hakim Syarie Husaini Roslin mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Radhi atau Muhammad Radhi Razali, 41, pada 25 Mac lalu.

Masalah rumah tangga vokalis  kumpulan OAG, Radhi Razali dan isteri Nur Shahira Ayu Zahiri yang berlaku sejak Mac lalu berakhir dengan perpisahan apabila pasangan itu disahkan bercerai dengan talak satu.

Hakim Syarie Husaini Roslin mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Radhi atau Muhammad Radhi Razali, 41, pada 25 Mac lalu.

Prosiding berlangsung di Mahkamah Syariah Petaling, Selangor pada pagi Selasa.

Radhi menerusi keterangannya pada 24 Jun lalu memberitahu tidak mengingati lafaz cerai yang dibuat pada hari kejadian namun akhirnya menukar kenyataan dan mengakui menceraikan isterinya itu pada pukul 4.20 pagi.

Radhi AOG Bercerai
Bapa Ayu, Zahiri Kitan (kanan) turut hadir bagi mengikuti prosiding pada Selasa.

Sebelum itu, Ayu selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 57, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 3 Jun.

Menerusi laporan mStar pada 4 April, Ayu mengakui hubungan rumah tangga yang dibina sejak lima tahun lalu berdepan masalah dan mereka kini tinggal secara berasingan sejak 25 Mac.

Selain itu, dia juga mendedahkan Radhi pernah meluahkan hasrat untuk kembali bersama selepas melafazkan cerai pada 25 Mac lalu.

Ayu bagaimanapun nekad dengan keputusan untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak tanpa suami.

Bagaimanapun Ayu enggan menjelaskan punca sebenar masalah yang dialami kerana beranggapan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Radhi AOG Bercerai
Ayu diberi hak penjagaan dua anak mereka.

Radhi dan Ayu berkahwin pada 14 April 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.

Dua orang anak mereka buat masa ini masih berada di bawah penjagaan Ayu dan Radhi sentiasa dibenarkan untuk bertemu dengan mereka pada bila-bila masa.

Sebelum ini Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 14 tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jomlah Menjamu Selera di FOOD CARNIVAL di Setia City Mall

Apa Yang Menarik di Good Vibes Festival 2019