Namun ada sesetengah selebriti yang gemar menyiarkan gambar personal mereka untuk tatapan peminat. Kerana itu, ada selebriti yang menjadi mangsa sesetengah pihak yang mengambil kesempatan ke atas gambar yang disiarkan di laman sosial. Tidak kurang ada yang mengkritik dan mengutuk atau menjadikan satu bahan lawak.
Inilah yang berlaku kepada pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menerima komen-komen negatif di Instagram miliknya baru-baru ini apabila beberapa pihak dan individu yang menyifatkan dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk dan bersifat riak kerana memuat naik video-video dia mengaji di Mekah. Menurut Rabecca yang kini sudah berhijab, dia tidak kisah dengan kritikan tersebut.
Kata Rabecca, tujuan dia memuatkan pelbagai video dia sedang mengaji kerana begitu teruja apabila dapat melakukannya di Mekah, di mana tidak semua orang berpeluang berbuat demikian.
“Sedikit pun saya tidak mempunyai niat mahu menunjuk-nunjuk. Perasaan saya teruja apabila dapat mengaji di Mekah di mana selama ini rutin itu hanya dilakukan di rumah. Rasa teruja itu sama seperti kita bercuti di negara orang, itu sahaja.
Bagaimanapun saya langsung tidak kisah dengan kritikan itu kerana sudah lali dengan cemuhan orang.”
– Rebecca Nur Al-Islam
Segalanya terserah kepada hati kerana niat bergantung pada hati, betul tak?
Rabecca kini mahu memberikan semua baju seksi dan menjualnya untuk disedekahkan.