in

Rabbani Kini Dah Ada Studio Sendiri

Pada 13 Ogos lalu, Budiey telah menghadiri satu majlis tahlil dan doa selamat sempena genap 2 tahun pemergian vokalis utama Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri. Majlis kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama Rabbani di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

Ditubuhkan pada tahun 1997 dengan dianggotai oleh 13 orang selepas mereka dikenali dengan nama Nada Murni, nama Rabbani masih lagi kukuh dipersada industri nasyeed negara. Mungkin ramai kat luar sana yang tertanya, selepas ketiadaan vokalis utama, Rabbani sudah berkubur. Tapi sebenarnya tidak, Rabbani masih lagi wujud.

Sedar tak sedar, dah 20 tahun kumpulan Rabbani menghiburkan pengunjung Hotel Singgahsana yang saban tahun menyajikan juadah buffet berbuka puasa dengan sajian yang sangat lazat. Bagi Rabbani sendiri, selama 20 tahun itu pastinya banyaks sekali kenangan yang tak mungkin mereka lupakan.

Walaupun pada awal pemergiaan Ustaz Asri, Rabbani seperti tiada tempat untuk berteduh, masing-masing goyah dan ada yang mahu berehat. Namun memikirkan kembali kata-kata Ustaz Asri yang menggesa mereka bersatu walau apa yang berlaku telah membakar semangat Rabbani untuk terus berjuang dalam siri dakwah mereka menerusi irama nasyid. Masih terpahat lagi kenangan di mana biasanya mereka bersama-sama menyambut Aidilfitri di hari raya pertama kerana memenuhi undangan majlis rumah terbuka.

Rabbani

Majlis Tahlil dan doa selamat ini juga dihadiri oleh anak-anak yatim yang diraikan.

Kata-kata terakhir Ustaz Asri, “Kalau Ana tak ada tak pe, Zul Ada.” Seolah memberi petanda di mana Ustaz Asri percaya dengan bakat dan kebolehan Zul sebagai vokalis.

Maka kini, Rabbani memperkenalkan kesemua anggota dan mereka terpaksa berdikari untuk terus menongkah arus. Ini pastinya dianggap satu hikmah buat mereka. Vokalis utama disandang oleh Zul yang karakter dan jiwanya ada persamaan dengan Ustaz Asri. Oh ya, sekali dengar lagu-lagu alunan dari vokalis Zul ini ada gaya dan lenggok Ustaz Asri juga. Tapi bagi Budiey, sukar betul nak cari pengganti sehebat Ustaz Asri.

Mengimbau kembali kenangan, semasa berbuka puasa biasanya Ustaz Asri gemar minum susu panas dan tradisi ini masih diteruskan. Makanan kegemaran Ustaz Asri ialah daging kambing. Konsep persembahan di Hotel Singgahsana juga masih lagi santai dan rileks untuk menarik pengunjung yang rata-rata datang menjamah juadah masakan lazat sambil terhibur dengan alunan lagu-lagu popular dari Rabbani.

Terbaru, Rabbani mengorak langkah setapak lagi dengan menubuhkan sebuah syarikat berasaskan pelancongan iaitu Rabbani Travel & Tour yang telah beroperasi pada Mac 2011.

Selain itu, Rabbani terus mencari legasi dengan menubuhkan sebuah kumpulan nasyid yang terdiri daripada anak-anak anggota Rabbani yang bergelar Rabbani Junior. Sebuah studio Rabbani juga telah berjaya dibina di Manjalara, Kepong untuk memudahkan mereka merakam lagu dan turut membuka peluang kepada kumpulan nasyid yang lain.

Rabbani

Rabbani

Rabbani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Producer Roslan Aziz Chinese Indonesian Band Golden Dragon

Fara Fauzana Hos Program Kepohnya Raya di Astro Ria