in

Rabbani Bangkit Semula Dengan Album Baru YANG BENAR

Pemergian allahyarham ustaz Mohd Asri Ibrahim tujuh tahun lalu memberi kesan mendalam kepada anggota kumpulan nasyid Rabbani apabila kehilangan vokalis yang juga sahabat baik mereka itu.

Selama tujuh tahun itu juga, Rabbani – kumpulan yang mengalunkan lagu berunsur keislaman- tidak menghasilkan sebarang buah tangan kepada peminat.

Sekian lama mendiamkan diri, kumpulan nasyid yang pernah popular dengan lagu Intifada itu kini tampil semula memperkenalkan album terbaru mereka.

Rabbani Bangkit Semula Dengan Album Baru YANG BENAR

Menurut vokalis terbaru Rabbani, Azadan Abdul Aziz, mereka kini berusaha bangkit semula dengan lagu-lagu ketuhanan meskipun mengakui sukar tanpa kehadiran allahyarham.

“Tujuh tahun ini kami berusaha meneruskan legasi ditinggalkan arwah Asri.

“Rabbani cuba bangkit semula untuk kekalkan semangat juang pernah ditinggalkan Asri dan ia tidak sesenang disangkakan,” kata Azadan,

Arwah Asri meninggal dunia pada 2009 akibat serangan jantung.

Album ‘Yang Benar’ merupakan karya ke-22 Rabbani dan turut mendapat sentuhan komposer terkenal Edry Abdul Halim.

Lebih menarik, album ini turut menampilkan duet bersama dua penyanyi terkenal tanah air iaitu Siti Nurhaliza menerusi lagu ‘Muhammad Al Ameen’ dan Black menerusi lagu berjudul ‘Dalam Aku’.

Selain itu album berkenaan turut memuatkan lagu antaranya ‘Yang Benar’, ‘Syukur’, ‘Permaidani Buatku’ dan ‘Zakat di hati’.

Keseluruhan lagu dalam album ‘Yang Benar’ mengetengahkan mesej kejujuran dan keikhlasan dalam membentuk kerohanian serta pengisian jiwa.

Menurut Azadan, arwah Asri sering mengingatkannya untuk menghasilkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan kata-kata itu sering menjadi kekuatan kepada mereka.

Sementara itu, Edry berkata dia berasa lega kerana dapat menjalin kerjasama dengan Rabbani bagi menghasilkan album berkenaan.

Sebagai komposer, katanya, beliau berbangga kerana lagu bercorak keislaman kini diterima secara komersial dan semakin mendapat tempat dalam masyarakat.

“Dulu lagu Intifada yang pernah saya hasilkan untuk Rabbani masih menjadi kegemaran peminat hingga kini.

“Saya lega kerana dapat menghasilkan lagu bukan semata bercorak hiburan tetapi mempunyai mesej berguna dan Rabbani memberikan kepuasan itu melalui kerjasama seperti ini,” katanya.

Syukur dan terima kasih kami pastinya dipanjatkan kepada Allah yang terus memberikan kami peluang ini seterusnya buat baginda Nabi Muhammad SAW, mudah-mudahan kita semua dengan mudah bakal menerima syafaat dari Baginda diakhirat nanti.

Rabbani Bangkit Semula Dengan Album Baru YANG BENAR

Alhamdulillah setelah sekian lama, tercapai juga menghasilkan album ke 22 (termasuk album VCD dan DVD konsert), walaupun telah melalui beberapa ‘situasi’, namun dengan izin Allah juga album ini berjaya direalisasikan. Semoga penghasilan ini akan lebih menyuburkan minat masyarakat pada industri nasyid.

‘YANG BENAR’ dihasilkan ditengah-tengah setiap sesuatu perkara yang hadir mesti ‘diselidiki’ dahulu, dikala kita mahu menuturkan atau meluahkan sesuatu juga, mesti lah hanya YANG BENAR sahaja kerana semua itu pasti akan dipertanggungjawabkan. Namun asas yang utama mesej yang hendak disampaikan adalah untuk mengutamakan, membesarkan serta mengagungkan Allah Yang telah memberikan segala kebaikan yang tidak mampu dikira segala kurniaanNYA, bahkan Allah yang sama juga kadang-kadang kerana tanda Kasih dan SayangNYA kepada hambaNYA ini diberikan sedikit ujian, yang selalunya kita sebagai hamba akan membesarkan ‘ujian’ tersebut dari Pemberi Ujian dan juga DIA Yang akan menyelesaikan segala ujian yang ditimpa oleh hambaNYA.

Semoga segala isi dalam album ini mampu membantu mengisi kekosongan jiwa serta mampu juga menjadi nilai tambah untuk menjana kebaikan dalam diri untuk mendapat rahmat dari ilahi.

Dalam penghasilan album ini ramai yang telah terlibat merancang, menyusun mengatur, membantu. Kerjasama yang sangat tinggi penuh ukhwah dari seluruh Team Rabbani Productions, pasukan pemikir dan perancang Inteam Records dan Inteam Marketing. Terima kasih buat ibu bapa dan seluruh ahli keluarga yang menyokong kami, tak henti juga sokongan dari sahabat-sahabat Rabbani yang telah banyak membantu secara langsung ataupun tidak langsung. LEMBAGA ZAKAT SELANGOR yang telah sudi menjadikan kami Rakan Dakwah dan memberi peluang kami merakamkan lagu Zakat Di Hati semoga usaha ini dapat membantu menyedarkan masyarakat tentang zakat.

Setinggi kasih dan hormat kami buat seluruh penyumbang karya dalam album ini khususnya Edry Abdul Halim (Edry KRU), Yusri Yusuf, Sheikh Qalam, Daqmie dan juga guru serta mentor kami Allahyarham Ustaz Sohibul Fadil (B.Nury) yang sempat mencipta beberapa buah lagu dan lirik dalam album ini namun takdir Allah lebih besar, beliau telah dijemput oleh Kekasihnya sebelum hasil sempurna terbit dapat dilihat. Semoga karya-karyanya menjadi jariah dan bekalan paling baik buat beliau, alfatehah.

Setinggi-tinggi penghormatan kami juga pastinya buat rakan duet kami iaitu Dato’ Siti Nurhaliza dalam lagu Muhammad Al Ameen, walaupun lagu ini telah kami rakamkan pada awal tahun 2012 sempena majlis Maulidurrasul, kini baru benar-benar terealisasi untuk dimasukkan dalam album kami. Begitu juga tak kami lupakan sahabat duet kami dalam album ini iaitu Black untuk lagu Dalam Aku. Semoga kebersamaan kami bersama ikon-ikon kesayangan peminat industri hiburan ini akan memberi impak dan kejayaan yang luar biasa lagi perjalanan album ini, insyaAllah.

Tanpa bantuan teknikal yang hebat juga kami tak mampu menghasilkan sesuatu yang boleh dianggap hebat insyaAllah, merekalah jururakam, juruadun, juru master seperti Shamir Supaat, Bard Muffin, Raja Farhan, Mai, Rumie, Tuan Alfa, abg Yusri dan Edry sendiri serta abg Fauzi Marzuki. Semoga hasil tangan kalian bakal diganjari dengan ganjaran kebaikan dunia dan akhirat yang setinggi-tingginya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mira Filzah Belum Sedia Berlakon Filem

Rahsia Ana Raffali Sihat & Dapat Anak Kini Terbongkar