- Terhasil dari inspirasi artis seramik Adil Abdul Ghani, jenama RAAQUU dinamakan sempena teknik pembakaran yang dirujuk sebagai Raku – iaitu proses yang melahirkan kemasan unik dan tersendiri pada setiap karya seramik justeru diangkat sebagai ‘signature’ jenama RAAQUU
- Adil mendedikasikan lebih 15 tahun untuk mendalami cabang seni ini dan bersama rakan perniagaannya, telah menubuhkan jenama, RAAQUU, pada tahun 2020 dengan misi menjadikan produk seramik dan tembikar yang dihasilkan dari teknik Raku terutamanya item dari koleksi RAAQUU lebih mudah diakses dan dimiliki bukan sahaja peminat tempatan, malah antarabangsa.
KUALA LUMPUR, 26 November 2023 – Pertama kali Adil Abdul Ghani melalui pengalaman dapat melihat dan diperkenalkan kepada tembikar seni Raku adalah lebih kurang 15 tahun lalu ketika menjalani program latihan pembuatan tembikar di Jepun. Seingat Adil, dia bagaikan terpaku dengan keunikan tembikar tersebut dan mula membuat kajian mendalam tentang proses penghasilan tembikar yang dinamakan Raku – iaitu satu teknik pembakaran tembikar yang berkait rapat dengan ketelitian yang juga dapat dilihat dalam seni hidangan teh (tea ceremony) dari tamadun kuno Jepun. Bermula dengan kajian serta hasil pembacaan komprehensif Adil, dia mula mengambil langkah progresif untuk mempelajari teknik Raku secara praktikal justeru mengasah kemahirannya agar benar-benar faham segala teori tersirat dan tersurat, dan petua-petua lama berkaitan dengan Raku. Maka pada tahun 2020, Adil mengambil langkah berani menubuhkan sebuah jenama yang dinamakan RAAQUU. Nama RAAQUU tersebut dipilih sebagai penghormatan kepada teknik Raku itu sendiri yang menjadi inspirasi utama bagi Adil untuk mencorak perjalanannya di dalam dunia seni tembikar yang terbukti sangat niche. Ini bermakna, ia hanya diberi perhatian oleh segelintir audiens serta tertumpu kepada peminat-peminat dan para pengumpul hasil seni ini.
Salah satu prinsip perniagaan ada menyatakan bahawa ‘timing is everything’, dan ternyata masa bagaikan menyebelahi Adil. Seni tembikar makin diminati peminat seni mainstream dan sejak pembentukan RAAQUU tiga tahun lepas, jenama tersebut telah mencapai beberapa kejayaan signifikan yang membanggakan. Seni tembikar Raku yang diberi pendekatan serta sentuhan kontemporari oleh Adil kini bukan sahaja boleh didapati dalam lima kemasan yang berbeza, iaitu full-copper matte, half-copper matte, smoked, carbon half-copper matte dan obvara (hasil dari teknik pembakaran yang sedikit berbeza), malah setiap satu kemasan tersebut punyai keunikan tersendiri dan menerima sambutan hangat dari pasaran tempatan dan antarabangsa. Pada tahun 2022, RAAQUU telah merekodkan buat julung kalinya hasil jualan tembikar dan seramik melebihi jumlah RM1 juta – dan seiringan itu turut mencatatkan penambahan dalam jumlah peminat serta pengikut platform media sosial RAAQUU bukan sahaja dari rantau Asia, malah serata dunia.
Menurut Adil, “Seramik hasil teknik Raku amat istimewa kerana ia dihasilkan dengan pelbagai kebarangkalian serta motif luar jangkaan yang kadang kala amat mengejutkan. Bersesuaian dengan slogan jenama iaitu ‘Painted By Fire’ atau ‘Diwarnakan Oleh Api’, teknik pembakaran dilakukan di dalam sebuah dapur dengan tahap kepanasan maksimum dan dialihkan ketika seramik tersebut masih hangat membara atau ‘molten’. Ia kemudiannya diletakkan di dalam sebuah bekas berpenutup kedap udara yang diisi penuh dengan habuk kayu dan kertas.
Tambah Adil lagi, pertembungan suhu serta tahap kepanasan berlawanan di dalam ruang khas itulah yang memberikan corak serta warna-warna yang unik dan yang paling menarik sekali, apabila teknik Raku tersebut menghasilkan rona-rona yang jarang dapat dilihat. “Setakat ini, seramik dari RAAQUU hasil dari teknik pembakaran kuno Jepun yang kami praktikkan dan ditambah pula dengan sentuhan kontemporari yang unik kepada RAAQUU, kesemuanya ternyata berbeza dan punyai keunikan masing-masing. Ini bukan sahaja menjadikan setiap produk RAAQUU menjadi idaman pengumpul tegar jenama ini, ia juga sering menjadi topik perbincangan hangat di laman-laman forum tentang seni seramik.â€
Produk RAAQUU hadir dalam pelbagai saiz, daripada pasu mini sebesar tapak tangan sehinggalah ke produk eksperimental dari koleksi Life Magnified. Kesemuanya merupakan idea dan dihasilkan sendiri oleh Adil yang menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Kreatif dan Pakar Seramik di dalam susun atur pengurusan RAAQU dan dibantu oleh para pekerja RAAQUU yang kesemuanya merupakan anak tempatan. Karya-karya RAAQUU dihasilkan di pusat operasi bertempat di Ara Damansara yang turut menempatkan studio rekaan dan pejabat pengurusan perniagaan syarikat,
Bahan mentah dalam pembuatan produk-produk keluaran RAAQUU, terutamanya tanah liat, diperolehi dari Mukim Sayong, Perak, yang juga merupakan tempat kelahiran salah satu produk tradisional negara yang terkenal iaitu Labu Sayong. Jelas Adil, “Saya berpendapat bahawa pertembungan elemen sejarah negara Jepun dan Malaysia menjadikan RAAQUU luar biasa justeru meletakkannya di tahap lebih istimewa.â€
Ketika ini Adil sedang sibuk membuat persiapan bagi pameran solo RAAQUU yang pertama dijadualkan pada pertengahan Januari 2024. “RAAQUU bercadang untuk mempamerkan paling minimum 20 hasil seni ‘sculptural’ berskala besar yang kesemuanya tidak pernah dipertontonkan di mana-mana dan ini termasuk juga koleksi item aksesori atau ‘wearable art’ yang akan kami lancarkan. Sudah tentu pameran tersebut akan menyaksikan di antara item-item dekorasi kediaman kontemporari paling popular dari katalog RAAQUU lantas mengimbau perjalanan seni saya bersama RAAQUUâ€, kata Adil.
“Boleh dikatakan bahawa program-program baru ini adalah diantara agenda utama RAAQUU di dalam fasa kedua perkembangannya. Fokus saya sudah tentu untuk memastikan RAAQUU sentiasa mengekalkan tahap ‘artistry’ jenama ini di peringkat paling tinggi. Bagi kami, proses R&D (kajian dan pembangunan) amat penting dan ini merupakan suatu yang konsisten. Pada tahun 2024, RAAQUU juga merancang untuk berkolaborasi dan menghasilkan produk-produk baru bersama artis dari mana-mana disiplin namun mempunyai falsafah rekaan yang sama dengan RAAQUU. Setakat ini RAAQUU telah bekerjasama dengan The Datai Langkawi, FERN Batik Collective dan Gudang yang terbukti membawa impak yang amat positif kepada RAAQUU,†jelas Adil penuh bersemangat.
Produk RAAQUU ketika ini berupaya untuk dihantar ke 32 buah negara serata dunia dan boleh dibeli secara dalam talian melalui www.raaquu.com di mana pelbagai maklumat lain berkenaan RAAQUU boleh didapati dengan lebih mendalam. RAAQUU juga tersedia di platform Etsy, Amazon, Patreon dan lain-lain, mengikut terma dan peraturan. Ikuti perkembangan terkini RAAQUU di laman media sosial sebagaimana berikut:
Instagram : https://www.instagram.com/raaquuceramics
Tik Tok : https://www.tiktok.com/@RAAQUUceramics
Facebook : https://www.facebook.com/raaquuceramics
YouTube : https://www.youtube.com/@raaquuceramics