in , ,

Ibadah Korban Mudah & Lancar dengan Qurban Dengan IKHLAS

Melaksanakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha kini lebih mudah dengan IKHLAS.

IKHLAS menyediakan perkhidmatan korban dalam talian yang mudah, lancar dengan harga berpatutan melalui ikhlas.com/qurban. Bagi pakej agihan kepada komuniti di luar negara, satu bahagian lembu berharga RM300 dan seekor lembu (7 bahagian) berharga RM2,100, manakala seekor kambing berharga RM580. Bagi pakej agihan kepada komuniti tempatan pula, satu bahagian lembu berharga RM750 dan seekor lembu berharga RM5,250.  

Qurban Dengan IKHLAS

Korban merujuk kepada amalan mengorbankan binatang peliharaan seperti lembu atau kambing, dan berkongsi daging tersebut bersama keluarga, rakan-rakan dan juga golongan asnaf serta mereka yang memerlukan pada Hari Raya Aidiladha. 

Melalui pakej agihan antarabangsa IKHLAS, daging korban akan diagihkan kepada individu dan keluarga yang kurang bernasib baik di lebih 35 buah negara – Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Filipina, Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka, India, Palestin, Arab Saudi, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Yaman, Sudan, Morocco, Nigeria, Ivory Coast, Ethiopia, Chad, Mali, Somalia, Ghana, Burkina Faso, Tanzania, Kenya, Uganda, Nepal, Malawi, Rwanda, Burundi, Congo dan Pakistan.  

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata,

“IKHLAS ditubuhkan dengan visi untuk membantu mempermudahkan amalan umat Islam di seluruh dunia. Kami berbesar hati untuk memperkenalkan produk terbaharu kami iaitu ‘Korban dengan IKHLAS’ untuk membolehkan umat Islam memenuhi kewajipan mereka dengan mudah dan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan lebih bermakna sambil membantu mereka yang memerlukan. 

“Umat Islam menyembelih binatang ternakan seperti kambing, biri-biri, lembu atau unta pada setiap tahun rentetan daripada sejarah kisah Nabi Ibrahim. Daging sembelihan pula akan diagihkan sama rata kepada golongan asnaf, saudara-mara dan keluarga.

Bagi sambutan Aidil Adha tahun ini, kami ingin menawarkan cara yang paling mudah untuk melaksanakan ibadah korban kepada semua.

Pasukan IKHLAS akan bekerjasama dengan rakan kongsi kami di 35 buah negara untuk mengagihkan daging kepada komuniti yang memerlukan.”

Ikhlas Kamarudin

Setiap pakej korban yang ditempah melalui ikhlas.com/qurban akan menerima Mata Ganjaran BIG (1 Mata Ganjaran BIG untuk setiap RM1) dan sebahagian daripadanya akan disalurkan kepada tabung ‘Derma Dengan Ikhlas’ untuk terus membantu komuniti yang memerlukan. Setiap individu akan menerima sijil rasmi yang memaparkan lokasi agihan. Tempahan kini dibuka hingga 30 Julai 2020. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi [email protected].  

Perkhidmatan ‘Korban Dengan Ikhlas’ ini juga turut disokong oleh selebriti dan usahawan tempatan, Datuk Rosyam Nor dan Dato’ Fizz Fairuz melalui laman sosial media mereka sepanjang perkhidmatan ini berlangsung. 

IKHLAS merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan akses untuk pelbagai amalan berasaskan keimanan. Ini termasuk kewajipan agama seperti Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari ikhlas.com, atau melalui laman sosial di Instagram ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YonnyBoii Dituduh Ambil Pil Kuda Gara-Gara Hiperaktif

“Mangsa Rogol Yang Bersabar Dapat Pahala” – Fynn Jamal