Drama Nur Kasih telah mencipta fenomena baru dalam sejarah penghasilan drama di Malaysia!
Kejayaan Nur Kasih yang telah mengumpulkan sejumlah 28 juta penonton di laman sesawang Catcha up TV dan 3 juta penonton di kaca TV telah mencipta sejarah yang membanggakan.
Tahniah buat pengarah berkaliber Khabir Bhatia atas kejayaan ini!
Kerana penerimaan dan sokongan penonton drama, pengarah drama Nur Kasih dan juga isterinya yang juga penulis skrip Nur Kasih akan menyambung sekuel drama ini ke layar lebih besar. Yeah! Sikit masa lagi, peminat drama Nur Kasih akan menontonnya di pawagam pula.
“Setakat ini, isteri saya telah memikirkan idea untuk membuat filem daripada drama ‘Nur Kasih’. Filem itu akan menyambung apa yang berlaku seterusnya selepas berakhirnya 26 episod drama ini nanti. Kami hanya memikirkan untuk membuat filem memandangkan cerita ini mendapat sambutan yang hebat. Oleh itu, saya tidak terfikir untuk membuat drama ‘Nur Kasih’ musim kedua. “Saya cuba membuat drama yang nampak seakan-akan filem. Jadi, apabila semua elemen termasuk jalan cerita dan lakonan seseorang pelakon itu bergabung, barulah sesuatu kerja itu akan dilakukan dengan sempurna.”- [sumber]
Budiey pun antara penonton setia drama lakonan mantap dari Remy Ishak, Sharifah Sofea, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Ummi Nazeera ini. Memang best, dramatik dan memberi teladan kepada kita.
Tahniah sekali lagi!
p/s: Sikit masa lagi, akan jadi trend bila semua drama akan dipanjangkan ke bentuk filem.