in

Quotes of The Day: Tak Baik Tuduh Saya – Rita

Budiey BlogBaru-baru ini di satu laman web (bukan budiey.com ya), ada mengatakan suaminya, Aidil Zafuan menghalang Rita berlakon drama berjudul Suraya kerana aktor Remy Ishak juga berlakon sama. Dikatakan juga pemain bola sepak kebangsaan tidak senang duduk setelah isterinya itu menerima banyak tawaran berlakon. Tempat Rita digantikan dengan Zizie Ezette. 

Tapi menurut Rita, dia terpaksa menolak tawaran itu kerana mahu menjaga anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang baru berusia lima bulan. Rita juga menafikan yang dia akan mengurangkan lakonannya setelah mempunyai anak.

“Siapa jahat mulut ni… siapa cakap macam tu? Tak baik tuduh macam tu. Saya tahu suami saya dan tahu kenapa saya tolak berlakon Suraya. Kenapa nak buat cerita yang bukan-bukan dan tidak masuk akal? Berdosa tau… lagipun saya tiada babak dalam bilik air.”

“Saya tolak untuk berlakon drama Suraya kerana masa tu saya baru dapat pembantu rumah. Jadi, saya tak berani nak tinggalkan anak saya dengannya sebab tak tahu dia boleh buat kerja dan menjaga anak saya atau tidak. Apabila saya fikir-fikir semula, lebih baik saya tolak. Saya berasa takut juga jika berlaku perkara yang tidak elok kepada anak saya.” [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti Ke Showcase Nurul

Gambar Wan Sharmila di Pelancaran Single Terbaru Naizle