in

Quotes of The Day: Saya Tak Gusar – Mamat Khalid

Pada 8 Oktober 2009 lalu, Pengarah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21, ‘Kala Malam Bulan Mengambang’, Mamat Khalid telah melancar muzik video AYUH KAWAN dan CAHAYA KEMENANGAN untuk filem Estet dan juga novel ESTET di Istana Budaya.

Kata Mamat, “Saya tak gusar tentang babak gaduh dalam filem ini untuk dinilai oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF). Sebagai pengarah, saya nak ‘push it to the limit’ yang menyediakan cerita ini dari bangsa Melayu dan Tamil. Pembikinan kami penuh dengan kasih sayang. Jadi saya tak tahu di mana LPF akan suntik untuk pemotongan itu. “Sebelum ini, kami telah mencari secara rambang empat orang remaja dan lima orang dewasa berumur antara 30 hingga 50 tahun yang berbangsa Tamil di sekitar Brickfields untuk menonton filem ‘Estet’. Hasilnya, di akhir cerita mereka menepuk tangan dan tiada pula yang hendak marah atau tidak berpuas hati dengan jalan cerita itu.” [sumber]

Kepada pembaca yang ingin memiliki novel ESTET, boleh dapatkannya di toko buku berdekatan terbitan Matahari Publication yang telah pun berada di pasaran sejak 2 Oktober lalu dengan harga RM25.

Budiey baru sahaja mendapat jemputan untuk ke majlis aidilfitri bersama Ika af6 & Noni af5 bertempat di Restoran Lemon, Mines Shopping Fair pada 3 petang hari ini. Khabarnya, kedua-duanya baru sahaja selesai penggambaran telefilem Kau Dan Aku di mana shooting di Jakarta yang turut dibintangi oleh Aril AF7, Akim AF7, Mila AF5, Farish Aziz, Puteri Fateen Nasuha. Dijangka pelakon-pelakon Kau Dan Aku akan turut hadir memeriahkan majlis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Alise Ismail

Portal GUNDU Gundu.com.my Support Indie Bands