in

Quotes of The Day: Saya Bukan Pengacau Rumahtangga Orang

Pada minggu lalu Radio Hot FM telah dihangat dengan topik suami dikebas oleh selebriti. Semuanya gara-gara panggilan oleh seorang wanita yang mengesyaki suaminya ada skandal dengan seorang artis dan bintang realiti TV. Siap dikasinya sedikit gambaran yang hampir sama dengan Heliza iaitu bertudung, mata galak, bercakap dalam loghat utara dan Sabah.

Namun, Heliza sekeras-kerasnya telah menafikan gosip ini:

“Saya tidak berkesempatan mendengar radio pada waktu itu, tapi saya terbaca mengenai gosip tersebut di internet selepas itu. Malah, ramai kawan turut menghubungi saya bertanyakan tentang kesahihan cerita itu. Berdasarkan apa yang saya baca, ramai yang mengesyaki sayalah artis tersebut. Memang terkejut juga pada awalnya, tapi saya tidaklah ‘melatah’ dengan perkara ini sebab saya tak buat pun. Saya tidak ada hubungan dengan mana-mana suami orang. Keluarga saya pun ada membaca tentang perkara ini di intenet dan mereka faham keadaan sebenar. Itu spekulasi semata-mata,”

“Saya sibuk dengan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ditambah pula ini adalah semester akhir pengajian saya, tugasan semakin banyak untuk disiapkan. Jadi saya tidak ada masa untuk jalin hubungan cinta dengan sesiapa pun. Tapi saya tidak tertekan pun dengan gosip ini kerana keluarga dan rakan-rakan terdekat memang memahami. Cuma saya berharap sangat orang tidak salah anggap tentang saya.”

“Sejujurnya, saya memang tidak tahu siapa suami orang yang dimaksudkan itu. Memang saya ada ramai kawan lelaki yang sudah berkahwin, tetapi apa yang pasti, semuanya adalah kawan sahaja. Lagipun, saya tidak mahu dilabel pengacau rumahtangga orang. Mungkin, lelaki itu yang perlu tampil dan menjelaskan perkara sebenar kerana saya tidak mahulah rumahtangga mereka bergolak, sedangkan saya tidak tahu apa-apa,” – Heliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Lisdawati di Red Carpet Majlis Ulangtahun Murai

Sabhi Saddi Lancar Single NADIKU, GEMERLAPAN & JALAN PULANG