Oleh kerana waut wajah Akim lembut jambu, gaya pemakaian yang stylo habis, ditambah lagi dengan perwatakan sopan, Akim dilabel sebagai gay oleh sesetengah orang. Namun, apa-apa pun tanggapan orang, Akim tak kisah.
Yang Akim kisah adalah apabila sering diganggu melalui SMS oleh golongan gay pada waktu malam. Akim akui dia mempunyai ramai peminat fanatik. Tapi malangnya ada sesetengah peminat fanatik yang buat kes hingga mengganggu ibu bapanya.
“Saya tahu di luar sana ramai yang cakap saya gay, saya tak kisah, asal keluarga saya tahu siapa Akim yang sebenarnya. Saya tak kisah berkawan dengan sesiapa dan saya mengaku ada kawan daripada golongan gay dan lesbian. Tapi itu tidak bermaksud saya gay. Saya tak pernah tepis golongan begitu yang mahu berkawan dengan saya kerana mereka juga ada perasaan,” ujar Akim yang bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 10 Januari ini.
Dalam dunia ni, kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja namun harus diingatkan kawan adalah cermin kepada diri kita. Kita adalah siapa kita berkawan. Jadi, pandai-pandailah berkawan.
Selain akan perform di AJL pada hari Ahad ini, Akim turut terlibat dengan Album Era Rentak Hits Terkini bersama rakan Akademi Fantasia lain. Persiapan di AJL dah sampai 30%. Pesaing sengit bagi Akim ialah Faizal Tahir, Tomok dan Bunkface.
Tak lama lagi, Akim yang bakal tampil dengan single terbaru Inilah Cinta.
Budiey ada dengar dalam MHI pagi tadi, Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan telah mengumumkan juara Anugerah Juara Lagu ke-24 ini akan diterbang bersama dengan pemenang Anugerah Skrin ke Hollywood. Satu bonus dan pemacu semangat supaya semua finalis buat yang sehabis baik! Good luck Akim & semua finalis!
Gaya-gaya unik ketika beraksi di hadapan kamera Budiey: