in

Quotes of the Day: “Saya Bukan Gay”

“Ia bukan untuk saya menjawab sama ada saya gay (lelaki homoseksual) atau tidak. Hanya Tuhan dan ibu saya sahaja yang tahu mengenai seksualiti saya. Siapa anda untuk bercakap ini dan itu. Ini melibatkan maruah seseorang. Kenapa saya perlu melompat-lompat kerana diserang oleh penyebar gosip tersebut? Apa yang mereka (mahu) termasuk editor tertentu adalah suatu pembalasan semata-mata. Mereka dah kehabisan isu untuk ‘menyerang saya’. Apakah jenis insan anda ini jika anda mempercayai gosip liar itu. Anda boleh bercakap orang ini gay atau tidak tetapi anda sendiri tidak melihat wajah anda di cermin.”

“Jika anda kata saya gay, anda perlu membuktikannya. Apakah tarikh dan masanya? Malah, mereka boleh ikut saya ke hotel, bilik dan katil. Dan saya akan buktikan sama ada say gay atau tidak.”

Walaupun mencetus kontroversi apabila sesetengah pihak mula mempersoalkan kecenderungan seksualnya dan melabelkannya sebagai seorang homoseksual, Azwan Hj Ali sekeras=kerasnya tidak mengaku drinya seorang gay dan mengamalkan kehidupan homoseksual.

Bekas pengacara Muzik-Muzik itu ditanya secara terus terang tentang kecenderungan seksualitinya ekoran tulisan-tulisan beliau yang berbaur “gay” di laman blog pribadinya. Di dalam blognya itu juga disamping membahasakan dirinya sebagai Azwan Ali, beliau juga turut membahasakan dirinya dengan nama “Mak Hayam Gebusss” dan “Azwana Alia”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cafe Akhil Hayy Astro Oasis Dihentikan

Drama Tari Tirana Lakonan Wan Sharmila & Shaz Jazle