Setakat ini, Alyah cakap dia tak mahu bercinta sebab masih belum bersedia.
“Saya sebenarnya cuba mengenali orang lain tetapi mungkin kerana saya sekarang ialah Alyah, timbul pelbagai masalah. Saya nak orang kenal saya bukan sebagai artis. Saya ingin orang lain kenal saya seadanya. Kadang-kala, orang nak kenal kita kerana kita merupakan artis,” katanya kepada MStar Online.
Alyah berkata, keikhlasan yang tidak dirasai wujud pada lelaki terbabit menyebabkan dia belum bersedia untuk bercinta. Akuinya, terdapat lelaki yang cuba mendekatinya.
“Tipulah kalau saya kata tidak ada. Tetapi saya belum bersedia. Itu yang susah… jika dia nak kenal saya sebagai selebriti. Ia adalah okey. Saya nak tutup macam mana? Tapi dia kena berkawan dengan saya secara ikhlas. Janganlah bawa saya dan tunjukkan saya kepada kawan-kawan. Saya tidak suka itu. Saya hargai kawan saya memuja saya sebagai Alyah. Dalam hati, saya kata Alhamdulillah. Bagaimanapun, saya tak suka begitu kerana amat sukar berbuat demikian,” ujarnya.
Alyah