“Entahlah, Rima tidak tahu macam mana gosip ini boleh timbul sebab sebelum ini pun Rima memang sudah berkawan dengan Fahrin. Kami pernah sama-sama terlibat dalam satu penggambaran dulu. Rima memang tidak ada niat sebab apa yang terjadi bukannya dirancang, jadi bila perkara ini timbul Rima anggap seperti tiada apa-apa berlaku kerana memang benar kami berkawan tetapi sekadar kawan baik sahaja. Memang benar kami ada keluar makan bersama tetapi sebagai rakan, jadi apa masalahnya, saya pun tidak tahu kenapa orang ramai boleh berfikir yang bukan-bukan sebab persahabatan kami ikhlas.”
“Bukanlah (ketawa), saya pun sudah ada teman lelaki di luar negara, kami kenal agak lama, jadi kenapa pula saya mahu bercinta dengan Fahrin sedangkan saya sudah ada kekasih. Lagi pun teman lelaki saya juga tahu tentang persahabatan kami, malah dia amat risaukan Fahrin apabila gosip putus hubungan antara dia dan Linda keluar di akhbar.” – kredit: Kosmo!
– Komen Rima apabila telah digossipkan dengan Fahrin.