in

Quotes Of The Day: It’s Official Now, I’m Single

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba komposer, penyanyi dan pengacara, Hafiz Hamidun telah putus tunang dengan Shazwani Haridan. Mereka bertunang pada ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos tahun lalu. Sabtu lalu, 25 Julai, keluarga pihak perempuan telah memulangkan cincin pertunangan mereka.

“Kami tak pernah bergaduh pun. Sebenarnya keputusan ini dibuat disebabkan saya yang terlalu sibuk dengan komitmen kerja dalam bidang seni dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai tunangan orang. Kami tunang tak sampai setahun. Secara jujur, saya tak terkejut pun sebab sebelum ini Shazwani ada memberikan bayangan tentang niatnya itu. Apa boleh buat sudah takdir dan hubungan kami hanya di situ saja. Jadi sebelum kami berumah tangga dan keadaan menjadi buruk, wajarlah kami berpisah. Mulanya keluarga saya terkejut sebab tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kami nak putus tunang. Bagaimanapun, mak dan ayah saya OK selepas mendengar segala penjelasan. Cuma saya lihat keluarga Shazwani berasa agak sedih.” [sumber]

Mungkin tidak ada jodoh. Segalanya ketentuan-Nya. Semoga Hafiz Hamidun terus tabah dan tidak putus asa mencari calon isteri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pencalonan Penuh Festival Filem Malaysia ke-22

Gossip: Sikap Artis Mengada-Ngada?