Akhil Hayy meminta supaya masyarakat tidak lagi mencemuh dan mengutuk sesiapa ekoran kemelut rumah tangganya. Ketika ditemui di majlis rakaman program Mega Raya Astro pada 21 Julai lalu, penyanyi, pengacara dan penceramah bebas itu ada berkata:
“Cukup-cukuplah menghukum dia (Waheeda) sebagai orang ketiga. Dia sendiri memang cukup sedih apabila orang menuduhnya sebagai perampas suami orang. Saya simpati dengan apa yang dialaminya dan memohon maaf kepada keluarganya di atas apa yang berlaku.”
“Saya turut diberitahu yang ahli keluarganya turut disindir sesetengah masyarakat. Siapa mereka untuk menghakimi orang? Gara-gara mulut orang dan tekanan persekitaran, dia jatuh sakit. Ketika ini juga dia lebih banyak mendiamkan diri. Dia juga sakit disebabkan manusia kolot yang mengamalkan sihir. Saya tidak mahu menuduh, tapi kepada manusia yang tidak bertanggungjawab itu, kalau termakan cili pasti terasa pedasnya. Harus diingat, tak ada manusia yang akan bebas daripada balasan Tuhan apabila berbuat jahat.”