in ,

Kekal Cergas & Bertenaga Dengan Menu Lebih Berkhasiat Ramadan Ini

Quaker Oats mengandungi bijirin oat yang tinggi serat dan protein, dapat membantu mengurangkan rasa lapar

Hidangan sahur yang berkhasiat sangat penting bagi memastikan kita kekal bertenaga sepanjang hari dari waktu sahur sehinggalah iftar. Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia* membantu memberikan penyelesaian terbaik menerusi satu hidangan oat berjumlah 40g yang mampu membantu mengurangkan rasa lapar sehingga 4 jam!

Oat adalah sajian yang mengenyangkan kerana mengandungi 9.4g serat dalam setiap 100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum . Kandungan khasiatnya yang tinggi menjadikan ia lambat dicerna serta dapat membekalkan tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah.

Celebrity chef Anis Nabilah (2)_lr

Oat dianggap sebagai ‘Super Grain’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan. Quaker Oats mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.

“Di Quaker, kami percaya yang ‘Hari Hebat Bermula dengan Quaker’ kerana sarapan adalah waktu makan yang paling penting,” kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik. “Lebih-lebih lagi apabila tibanya bulan Ramadan, ramai orang sukar untuk menyediakan hidangan yang berkhasiat kerana perlu mengejar masa untuk bersahur kemudian bergegas ke sekolah atau ke pejabat. Ramadan ini, nikmatilah Quaker Oats yang dapat membantu membekalkan tenaga serta cubalah resipi-resipi sahur yang berkhasiat serta hidangan Raya oleh chef selebriti Malaysia, Anis Nabilah.”

Peminat boleh memenangi pas untuk sesi istimewa bersama chef selebriti Anis Nabilah dengan menyertai ‘Peraduan Resipi Oatsome bersama Quaker’! Mereka hanya perlu membeli satu pek Quaker Multigrain Cereal 400g, ‘suka’ laman Facebook Quaker Malaysia, dan tuliskan komen mengapa Quaker Multigrain Cereal adalah bahan paling serasi dalam resipi biskut. Seramai 15 pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai bengkel masakan eksklusif dan Majlis Jamuan Teh bersama chef selebriti Anis Nabilah. 150 pemenang sagu hati pula akan menerima produk Quaker Oats bernilai RM50!

Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oat serta promosi, acara dan resipi Ramadan/Raya terkini, layari www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my.

*Sumber: Euromonitor International Limited; Packaged Food 2017 edition, mengikut definasi bijirin panas, nilai jualan runcit; rsp, semua rangkaian runcit, data 2016

Cubalah resipi Bubur Lambuk yang enak serta berkhasiat bulan Ramadan ini!

Quaker Bubur Lambuk

Bubur Lambuk Quaker Oats

Bahan-Bahan
• 300g beras, dibasuh dan dikeringkan
• 150g keledek, dipotong dadu
• 100g Quaker Quick Cook Oatmeal
• 8 bawang, dihiris
• 6 ulas bawang putih, dihiris
• 4cm halia, dihiris nipis
• 50g udang kering
• 300g daging lembu, dihiris nipis
• 2 liter air
• 200g santan
• 3 sudu besar sos ikan
• 1 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar
• 80g daun sirih, dihiris nipis
• 80g daun basil, dihiris nipis
• 80g pucuk paku, gunakan pucuk sahaja
• 80g basil thai, gunakan daun sahaja
• Garam mengikut rasa

Hiasan:
• 6 cili merah, dihiris
• 30g ketumbar, dihiris nipis
• 50g bawang goreng

Cara
1. Panaskan 4 sudu minyak sayuran. Goreng halia, bawang, bawang putih dan udang kering sehingga harum.
2. Tambah air, beras, oat, keledek dan daging lembu. Masak sehingga air mendidih dan kurangkan haba. Biarkan mereneh selama 20-25 minit. Kacau campuran sekali-sekala.
3. Tambah santan, sos ikan, lada hitam, garam, daun sirih, pucuk paku dan basil. Masak sehingga campuran mendidih.
4. Hiaskan dengan ketumbar, cili merah dan bawang goreng sebelum disajikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nad Zainal Hos CITARASA MALAYSIA di TV Okey

The 2018 Billboard Music Awards Full List Of Winners