in ,

QSR Trading Perkenal Produk Terbaharu – MI ARONA

Hadir dengan 3 citarasa menarik, Mi Arona juga merupakan pilihan sihat, lazat, dengan cara penyediaaan yang mudah bagi semua penggemar mi.

QSR Trading Sdn Bhd (QSRT), sayap penjualan, pemasaran dan perdagangan QSR Brands dan juga pendorong KFC dan Pizza Hut Malaysia baru-baru ini  telah melancarkan produk yang tahan disimpan iaitu mi kering berbentuk lidi, mudah disediakan  dan pilihan terbaik buat semua pencinta mi. 

Mi ARONA diperbuat daripada gandum import yang berkualiti tinggi, mengandungi seratus  peratus bahan semula jadi dan berasaskan sayuran – dengan tekstur lembut, kenyal dan kualiti  tekstur yang hampir sama dengan mi Jepun (Ramen), ia begitu mudah untuk disediakan dan  serasi dengan pelbagai cara masakan – sama ada bergoreng ataupun berkuah. 

QSR TRADING Perkenal Produk Terbaharu - MI ARONA

Mi ARONA menawarkan cara masak yang mudah kepada semua pencinta mi, kerana ianya  bukan sahaja cepat dimasak malah mudah bagi sesiapa sahaja untuk menyediakan hidangan mi  kegemaran mereka.

Kepada golongan dengan gaya hidup produktif, pasti akan menyukai cara  mudah penyediaan mi ini yang cuma memakan masa sebanyak 4-5 minit. Dengan tempoh jangka  hayat 18 bulan, produk mi ini boleh dibeli dan juga disimpan untuk dinikmati bila-bila masa  mengikut keinginan anda.  

“Kami di QSRT memahami bahawa dengan keadaan pandemik yang berterusan, ramai yang  cuba untuk menyediakan dan menikmati makanan yang lebih sihat di waktu-waktu ini. Kami  berharap mi ARONA akan memudahkan lagi kerja anda di dapur serta memberi alternatif yang  lebih sihat untuk dimasak di rumah,”

“Mi ARONA merupakan produk yang berkualiti, dihasilkan daripada tepung gandum yang  diimport, dengan kandungan asli dan bahan-bahan terpilih dan menggunakan teknologi dan peralatan terkini untuk memastikan ianya seratus peratus selamat untuk dimakan dan memberi  kepuasan kepada pelanggan,”

– Chan Chong Thye, Pengurus Besar, QSR Trading Sdn  Bhd. 
QSR TRADING Perkenal Produk Terbaharu - MI ARONA

Penyediaannya juga cepat dan ringkas – Langkah pertama, rebus mi dalam air mendidih selama  kira-kira 4-5 minit, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Mi serba-serbi ini boleh dimasak dengan pelbagai cara, sama ada sup, kuah atau digoreng mengikut citarasa dan selera anda.

Ianya juga sesuai untuk dijadikan hidangan sihat yang menyelerakan seperti Salad Mi kerana mi ARONA  mempunyai keenakan yang terserlah apabila digabungkan dengan sayur-sayuran pilihan anda. 

Mi ARONA tersedia dalam 3 citarasa berbeza – Original, Oat, dan Labu, dijual dengan harga  RM3.80 setiap paket (250g). Mi ARONA kini boleh didapati melalui pembelian atas talian di  platform Shopee dan Lazada serta pasaraya-pasaraya besar atau sederhana dan juga pasar pasar mini terpilih. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web QSRT di  www.qsrtrading.com.my. 

QSR TRADING Perkenal Produk Terbaharu - MI ARONA

Mengenai QSR Trading Sdn Bhd (QSR Trading):

QSR Trading Sdn Bhd adalah sayap penjualan, pemasaran dan  perdagangan QSR Brands (M) Holdings Bhd, juga merupakan pendorong di belakang restoran KFC dan Pizza Hut di  Malaysia. Ia memasar dan mengedarkan produk sejuk-beku berasaskan ayam di bawah jenama “AYAMAS” serta  pelbagai jenama dalaman seperti Golden Nuggets, Breaded Chicken Drummets and Mid Wings, Crispy Fried Chicken,  Chicken Meatballs, Quikburger dan Premium Chicken Frankfurters. Ia juga telah meluaskan penawarannya selain  produk berasaskan ayam seperti LIFE, AYAMAS KITCHEN, FATBOI, AMY dan BAKERS’ STREET. Di samping itu,  syarikat ini juga terlibat dalam pemasaran dan pengedaran jenama milik pihak luar seperti KEWPIE, DIVELLA dan  LACTIMA di pasaran domestik dan peringkat antarabangsa. QSRT telah memenangi banyak anugerah dan pensijilan,  seperti anugerah QUDAL (QUality MeDAL), sebagai pengiktirafan kepada AYAMAS sebagai Jenama Terbaik dalam  kategori Frankfurters berkualiti tinggi untuk 2016/2017 dan Anugerah Best Buy Award 2017/2018 untuk makanan sejuk  beku. Syarikat ini juga menerima Anugerah The Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award dalam  kategori Excellence Brand, Excellence Product, Excellence Leadership and Excellence Service Quality. QSRT akan  terus memperkukuhkan kehadirannya secara rantau melalui pengembangan pasaran eksport sambil memanfaatkan  pengenalan produk baru dalam kategori makanan tahan disimpan atau shelf-stable. Selain menyediakan produk produk berkualiti, syarikat ini juga berbangga dengan perkhidmatan mereka dan sentiasa berdedikasi untuk menjaga  dan meningkatkan kaliber kesemua jenamanya. 

Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands):

QSR Brands merupakan operator francais kepada lebih  850 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Ia juga merupakan pemilik francais kepada lebih 480  konsep restoran dan penghantaran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura. Selain operasi restoran, ia juga terlibat dalam  pembiakan baka ayam, perladangan ayam kontrak, penetasan telur ayam, pengeluaran dan pemprosesan daging  ayam serta perniagaan sampingan seperti pemprosesan roti, commissary dan pembuatan sos. Ini menjadikan QSR  sebagai pengendali makanan tunggal dan pertama yang bersepadu sepenuhnya di Malaysia. QSR dan semua  subsidiarinya memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. Setiap aspek pembuatan  makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan  Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi MS1500:2009  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syafie Naswip Akui Terasa Hina Apabila Digelar ‘Retis’ oleh Netizen

Top 10 Trending Searches for August 2021Â