Menurut Qisya yang juga anak pelakon Amanda Misbun ini, dia tertarik untuk melakonkan watak kanak-kanak pekak bernama Kit dalam filem itu sebaik sahaja membaca jalan ceritanya.
“Saya berasa kagum dengan jalan cerita filem ini yang memaparkan kisah kanak-kanak pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip.Pada mulanya, saya berasa gementar untuk melakonkan watak Kit itu.
Namun, ia menjadi mudah apabila pengarah, menjadikan filem Disney kegemaran saya, Frozen sebagai contoh di mana Puteri Elsa dilahirkan dengan kuasa mencipta salji dan ais dan Kit pula mempunyai kuasa berkomunikasi dengan kelip-kelip.
Pengarah juga banyak membantu saya menjiwai babak dengan kelip-kelip ‘khayalan‘ yang turut menampilkan sentuhan Imej Janaan Komputer (CGI),â€
-Qisya
Berkongsi pengalaman belajar bahasa isyarat dengan Bea Tanaka yang juga bekas guru pendidikan khas OKU pendengaran pula, kata Qisya, dia berasa seronok sepanjang proses pembelajaran berkenaan.
“Melakonkan watak sebagai kanak-kanak pekak juga mudah kerana saya tidak perlu menghafal sebarang dialog,†katanya.
Bagaimanapun, kata Qisya, dia juga berdepan kesukaran ketika penggambaran di atas bot dan sungai pada waktu malam.
“Watak Kit sangat dekat dengan alam semula jadi sedangkan saya pula berasal dari bandar dan pastinya berdepan cabaran ketika penggambaran di sungai dan dalam hutan.
“Penggambaran di sungai lebih mencabar kerana dilakukan pada waktu malam yang gelap.
“Saya juga berasa takut akan terjatuh ke dalam sungai tetapi ada anggota bomba di sana untuk menjaga keselamatan pelakon,†katanya yang turut menyertai tayangan khas filem magiK bersama penonton OKU pendengaran di YMCA Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, Yasu berkata, pemilihan Qisya untuk melakonkan watak Kit juga menerusi proses uji bakat dijalankan sebelum ini.
Katanya, dia menyukai Qisya kerana memiliki karakter sangat pendiam dan sama seperti watak Kit dalam filem magiK.
“Qisya juga sangat fokus dan memahami arahan sepanjang di lokasi penggambaran filem ini.
“Menurut ibunya pula, pada mulanya, Qisya sangat gementar dan hampir tidak mahu teruskan penggambaran ketika babak di atas bot pada waktu malam tetapi akhirnya dia mengatasi ketakutannya dan melakukan babak itu dengan yakin,†katanya.
Selain Qisya, filem magiK yang berkisar kepada kanak-kanak pekak berusia tujuh tahun, Kit di perkampungan yang terkenal dengan tarikan kelip-kelip turut dibarisi pelakon terkenal tanah air seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman dan Kamarul Eqifshah.
Filem ini akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 30 November ini.