Qi berkata usianya semakin meningkat dia kini lebih terbuka dala..memilih pasangan hidup.
“Mungkin selepas ini saya dah tak memilih sangat dah, kalau ada pun yang cukup membahagiakan sudah memadai.
“Selepas ini saya akan lebih terbuka dan mungkin orang biasa sahaja. Biar saya seorang sahaja yang berada dalam industri ini.
“Kalau orang biasa dia mungkin kurang tahu selok belok mengenai industri ini jadi pemikiran dia akan lebih seimbang,” katanya.
Dalam pada itu, Qi menafikan dakwaan kononnya dia mementingkan paras rupa. Ujarnya, dia mahu kekasih yang memahami serta mengakui sebelum ini pernah bertemu dengan seorang yang sesuai.
“Ramai yang anggap saya memilih yang cantik sahaja tapi sebenarnya yang cantik itu yang pertama saya nampak. Yang saya kenal (hati) itu sebenarnya yang akan saya simpan.
“Cantik itu memang perlu ada tapi untuk perkahwinan yang lama saya perlukan seseorang yang betul-betul kena dengan jiwa saya.
“Saya pernah bernasib baik (dalam percintaan) suatu ketika dulu, tapi masa itu saya mungkin muda sangat. Tapi bila saya pula yang dah bersedia, jumpa pula pasangan sebaliknya,” katanya.
Sebelum ini, Qi pernah dikaitkan dengan penyanyi Yuna sekitar 2009 hingga 2012.
Qi juga pernah menjalinkan hubungan dengan aktres Nelydia Senrose pada 2013 hingga 2016.