in ,

Qi Kembali Jadi Hos Program Jalan-Jalan Cari Makan

[dropcap]P[/dropcap]rogram Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), sebuah program yang memberikan informasi dan tips serta lokasi menjamu selera kini telah memasuki musim kedua bagi tahun 2013 bermula 7 April 2013 yang lalu.

Tambah menarik, program JJCM musim baru ini juga mengembalikan hos JJCM iaitu Qushairi Mohammed Razali atau lebih mesra dengan panggilan Qi Razali, di samping pengisian baru menerusi segmen menarik seperti ‘Siapa Punya’, ‘Siapa Itu?’, ‘Singgah’ dan ‘Lain Macam’.

Qi Razali

Setiap episod mingguan JJCM akan menemui penonton dengan pelbagai segmen yang menarik untuk diingati. Antara segmen yang menjadi tumpuan para penonton ialah segmen ‘Siapa Punya?’ yang memberi peluang kepada peminat rancangan JJCM untuk mencadangkan tempat-tempat makan yang menarik menerusi laman sosial rasmi Facebook JJCM.

Masih mengekalkan segmen bersama artis dan personaliti jemputan iaitu segmen ‘Siapa Itu?’ untuk menemani Qi Razali menikmati juadah yang lazat dan memeriahkan lagi JJCM ini. Saksikan gelagat artis atau selebriti popular yang akan memeriahkan program JJCM musim ini seperti Nelydia Senrose, Ila Damia, Suki, Monoloque, Yana Samsudin, Taiyuddin Bakar, Adira, Shuib Sepahtu dan ramai lagi.

JJCM musim terbaru ini juga turut menyelitkan destinasi selera seperti warung dan gerai menerusi segmen ketiga, ‘Singgah’. Menarik mengenai segmen ini, pihak produksi JJCM akan mengunjungi warung dan gerai yang jarang diketahui ramai.

Sebelum menutup tirai, jangan lupa menonton segmen terakhir JJCM, ‘Lain Macam’ yang akan memaparkan kedai makanan yang unik yang lain daripada kebiasaan seperti konsep dan dekorasi restoran serta makanan.

Gelagat Qi yang bersahaja dalam menunjukkan bakat memasak di dapur pasti menarik perhatian penonton untuk mencuba pelbagai resepi istimewa setiap restoran yang dikunjungi. Qi yang sememangnya seorang ‘kaki makan’ pasti membangkitkan selera setiap mata yang menonton JJCM.

Menurut Penerbit Eksekutif Che Rozaini Ahmad program JJCM,

“Tempoh 14 tahun bersiaran menemui penonton setia TV3 jelas membuktikan penerimaan baik di kalangan penonton terhadap program JJCM yang berkonsepkan memberi informasi dan tips serta lokasi menjamu selera. Daripada segi hos juga, kali ini kita turut membawa semula khidmat Qi Razali untuk musim ini. Ini untuk memberi variasi dan kelainan kepada penampilan musim baru kali ini.”

Menampilkan Che Rozaini Ahmad sebagai Penerbit Eksekutif, pastikan anda berada di depan televisyen untuk menyaksikan musim baru program Jalan-Jalan Cari Makan, setiap Ahad, 12.00 tengahari, bermula 7 April 2013. Selain itu, para peminat juga boleh melayari laman facebook iaitu Jalan Jalan Cari Makan dan ‘keek’ video JJCMTV3 serta menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Qi Razali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Cinta Tidak Berkesudahan Dalam Love Compulsory 2

Zalora Launches Iphone Shopping App