Penyanyi rap yang semakin dikenali ramai, Alfie Zumi mengaku sudah putus cinta dengan pelakon berstatus ibu tunggal iaitu Oktovia Manrose, pada Mac lalu. Sudah merancang untuk berkahwin, Alfie Zumi, 26, menganggap perpisahan secara baik itu disebabkan tiada jodoh antara mereka.
“Sebenarnya hubungan kami sudah mula pudar sejak akhir tahun lalu. Ketika itu dia shooting di Kelantan dan saya menjaga anaknya yang berusia lapan tahun sepanjang dia berada di sana.
“Saya tiada masalah jaga anaknya kerana saya memang sukakan kanak-kanak. Namun ada beberapa masalah berlaku di hari terakhir dia di Kelantan yang membuatkan saya tawar hati.
“Bukan itu sahaja, ditambah pula kontroversi yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini, membuatkan keluarga kurang bersetuju dengan hubungan kami,”
– Alfie Zumi
Alfie Zumi yang sebelum ini menjadi finalis program Rap Star ERA yang kini popular dengan lagu Sudah Ditentu ini menganggap pengalaman putus cinta itu satu pengajaran buat dirinya.
“Sejujurnya, setelah apa yang berlaku saya yang minta putus. Dia ada cakap ini adalah antara hidup antara kami.
“Tetapi saya rasa tak sampai hati kerana keadaan itu membuatkan saya perlu memilih antara emak dan dia. Akhirnya saya memilih emak.
“Bila putus saya tak rasa ralat. Cuma ia satu pengajaran untuk saya sebelum berumahtangga kerana sebelum itu saya tak pernah bercinta dengan sesiapa pun.
“Pengajaran ini agak besar bagi saya kerana sudah empat tahun bercinta dan kami sudah merancang untuk kahwin tahun ini.
“Saya juga belajar daripada pengalaman lalu untuk tidak terlalu sayangkan orang yang belum jadi isteri saya.
“Apa-apa pun saya tak salahkan dia sepenuhnya. Mungkin keadaan diri saya yang masih membina kerjaya juga menjadi puncanya,”
– Alfie Zumi
Ditanya tentang gadis idaman Alfie mengaku tidak kisah status bakal kekasih atau isterinya nanti. Alfie masih solo tanpa kekasih namun tidak berharap untuk kembali bersama dengan bekas kekasihnya.
“Pasal status bakal kekasih nanti, saya tidak kisah status dia janda atau belum berkahwin. Janji saya selesa dengannya dan dia boleh bimbing saya juga.
“Saya juga mahukan kekasih yang sopan santun, jaga aurat dan pandai jaga batas pergaulan,” katanya lagi yang pernah mencipta lagu kisah cinta bersama Oktovia berjudul Kisah Kita.
Alfie Zumi yang juga finalis program Rap Star ERA ini mencipta lagu Sudah Ditentu ketika sambutan hari raya pertama lalu dan direkod dalam tempoh sehari sahaja.
“Ketika menghasilkan lagu Sudah Ditentu, perasaan saya memang sangat down disebabkan masalah cinta dan keluarga, tetapi sebenarnya lebih kepada masalah cinta.
“Saya rasa macam dah banyak membuang masa dengan cinta. Cuma lagu ini tidak ada kaitan pun dengan kisah cinta saya,” ujarnya lagi.
– Alfie Zumi
Putus Cinta Dengan Pelakon Janda Beri Ilham Alfie Zumi Hasilkan Lagu Sudah Ditentu
Menurut Alfie, lagu berkenaan dihasilkan ketika sambutan Hari Raya Pertama lalu dan direkod dalam tempoh sehari sahaja.
“Ketika itu perasaan saya memang sangat down disebabkan masalah cinta dan keluarga, tetapi sebenarnya lebih kepada masalah cinta.
“Saya rasa macam dah banyak membuang masa dengan cinta. Cuma lagu ini tidak ada kaitan pun dengan kisah cinta saya,”
– Alfie Zumi
Alfie Zumi mengakui mereka hampir mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Alfie difahamkan telah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Oktovia Manrose selama empat tahun sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah.
Menurut Alfie, Sudah Ditentu merupakan sebuah lagu mengenai seorang lelaki yang mempunyai cita-cita tinggi tetapi telah terhalang.
Dalam pada itu, bercerita lebih lanjut tentang kisah cinta lalunya yang sudah menemui noktah, Alfie merasakan bahawa ibunya menjadi salah satu sebab dia tidak boleh lagi bersama dengan pelakon berkenaan.
“Sebenarnya saya sendiri tidak kisah dengan statusnya dahulu, malah ketika dia terlibat dengan penggambaran saya yang tolong menjaga anaknya.
“Apapun saya anggap semuanya yang terjadi sebagai pengajaran. Kami mula bercinta pun selepas saya habis belajar. Malah, saya sendiri pun tak pernah jalin hubungan serius dengan mana-mana gadis,”
– Alfie Zumi
Mengenai lagu Sudah Ditentu, Alfie menyatakan ia merupakan lagu sulungnya yang cuba untuk dikomersialkan.
Ujarnya, sebelum ini dia pernah menghasilkan lebih daripada 10 buah lagu dan hanya dikongsi menerusi Instagram miliknya.
*Sumber: Wilayahku & Kopiplanet