Sebelum ini ibu kepada Cik B itu mendedahkan pelakon Putra Amaris sudah tidak lagi bekerja dengan syarikatnya sejak Disember 2019. Beliau juga turut menyangkal dakwaan bahawa pelakon tersebut sudah kembali bekerja dengannya.
Amaris atau nama sebenar Muhammad Amran Ismail, 33, berkata dia ada menyapa bekas majikannya itu dan tidak pernah bermasam muka dengan jutawan tersebut.
“Ya, kami ada terserempak dalam satu program dan bertegur seperti biasa, tak ada bermasam muka pun! cuma saya pelik kenapa dia cakap kami tak bertegur.
“Rasanya tak perlu dia keluar kenyataan begitu kerana ia hanya akan memburukkan nama saya, seolah-olah saya tak kenang jasa dan bersikap kurang ajar,”
– Putra Amaris
Sebelum ini, Amaris dilaporkan kembali menjalinkan hubungan dan bekerja semula dengan jutawan kosmetik berasal dari Kelantan itu. Tapi dinafikan semula oleh jutawan kosmetik berkenaan.
Vida bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dan memberitahu mereka tiada sebarang urusan dan tidak mungkin akan berbaik semula.
“Nampak macam saya pula terhegeh-hegeh nak kerja dan berbaik dengan dia lagi!”
– Putra Amaris
Menjelaskan konflik yang berlaku, Amaris berkata perkongsiannya sebelum ini adalah kisah lama dan dia kini sibuk menguruskan perniagaan sendiri.
“Bila masa pula saya kerja dengan dia semula, saya dah ada bisnes sendiri buat apa nak kerja dengan dia. Nampak macam saya pula terhegeh-hegeh nak kerja dan berbaik dengan dia lagi.
“Saya cuma tak menolak mungkin satu hari nanti kita akan ada urusan membabitkan bisnes… itu sahaja!,”
– Putra Amaris
Amaris kini sibuk menguruskan perniagaan kuih tat diberi nama Amaris My Tart. Semoga sukses Amaris dengan dunia perniagaan.
Sumber: Instagram & Mstar Online