Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan dan Datuk Roslan Hashim telah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan Pahang.
Ahli perniagaan itu melafazkan cerai terhadap isterinya di depan Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus selepas kes tuntutan perceraian secara fasakh dikemukakan Puteri Shahanaz disebut semula di mahkamah, pada jam 9.40 pagi semalam.
Perkahwinan pasangan itu menggemparkan negara apabila Puteri Shahanaz menerima hantaran RM444,444.44 yang dikatakan paling mahal di Malaysia, pada September 2006.
Wanita itu turut menerima mas kahwin berjumlah RM22,222.22 serta 22 barangan hantaran termasuk kereta BMW-320i berharga RM250,000, set barangan kemas berharga RM150,000; jam tangan mewah jenama Rolex bernilai RM25,000, cincin (RM20,000), beg tangan, kasut, wangian dan kosmetik jenama terkenal.
Bagaimanapun, pada 4 Oktober lalu, Puteri Shahanaz Hazlin memohon cerai fasakh. Roslan juga bersetuju membayar tuntutan mutaah RM100,000 secara ansuran, iaitu RM5,000 sebulan kepada Puteri Shahanaz dan akan dimasukkan ke akaun bank, mulai bulan depan. Roslan turut bersetuju membayar nafkah RM1,500 sebulan kepada anak tunggal mereka, Putera Airil Imran, yang diberi hak jagaan kekal kepada bekas isterinya. Roslan dibenar membawa anaknya bercuti ke luar negara jika dipersetujui bekas isterinya tetapi jika gagal memulangkan semula kepada Puteri Shahanaz sebelum jam 10 malam (Ahad), membolehkan akses lawatan dan bermalam yang diberi kepada Roslan, ditarik semula.
-sumber harian metro
[tags]puteri shahanaz bercerai, datuk roslan hashim, hantaran paling mahal, jenis hantaran, wedding puteri shahanaz, gambar puteri shahanaz, split puteri shahanaz, photo shahanaz, cerai fasakh, gubahan hantaran, pejabat kadi kuantan, pahang gambar menarik, tips malam pertama, club disco, imran ajmain, mp3 seribu tahun lagi, puteri shahanaz bercerai, datuk roslan hashim, hantaran paling mahal, jenis hantaran, wedding puteri shahanaz, gambar puteri shahanaz, split puteri shahanaz, photo shahanaz[/tags]