in , ,

Puteri Sarah Simpan Semua Bukti, Tergelak Baca 44 Tuduhan Nusyuz Syamsul

Puteri Sarah Liyana ketawa tergelak apabila membaca 44 muka surat tuduhan nusyuz yang difailkan oleh suaminya Syamsul Yusof terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu.

Puteri Sarah berkata, dia tidak dapat menahan diri daripada ketawa namun bersyukur menyimpan segala bukti bagi setiap perkara yang pernah berlaku sebelum ini

“Baca 44 muka surat tuduhan nusyuz sebelah sana. Ya Allah, sumpah gelak sampai terjatuh kerusi baca semua tuduhan.
Nasib baiklah saya ini sejenis simpan bukti semua yang berlaku,”

– Puteri Sarah

Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Khamis. 

Dalam pada itu, Puteri Sarah Liyana memberitahu ibu mentuanya iaitu Datin Patimah Ismail juga akan menjadi saksi bagi segala tuduhan dibuat oleh Syamsul terhadapnya.

“Mak awak (Syamsul) pun nak jadi saksi. Ya Tuhan. Seriuslah, macam baca novel komedi,”

– Puteri Sarah

Antara alasan dikemukakan Syamsul dalam tuntutan itu mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas teman lelakinya yang juga suami orang.

Selain itu, Syamsul mendakwa isteri pertamanya itu meninggalkan rumah kelamin mereka sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnah dia memukul serta tidak memberi nafkah.

Permohonan itu dibuat selepas Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah pada 7 Mac lalu.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6dan Sumayyah, 5 tahun. Sementara itu pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YUSOF HASLAM

Yusof Haslam Reda Jika Syamsul Tidak Pulang Beraya Pada Tahun Ini

Syamsul Dedah Sarah Pesan Jangan Kasi Tau Orang Ada Hubungan Dengan Lelaki