Menerusi posting terbaharu di Instagram, Puteri Sarah menyatakan menerusi tuduhan nusyuz yang dikenakan terhadap dirinya setebal 44 muka surat, tiada satu bukti pun yang dinyatakan.
“Dari awal perkahwinan ada hubungan dengan suami orang? Jangan cakap saja. Bukti mana bukti? Tuduhan nusyuz sampai 44 pages. Satu bukti pun tarak (tiada).
“Siapa yang gunakan mama dan papa untuk meraih simpati? Two years I lived with them and mama & papa saksi segalanya. Jumpa anak-anak pun only bila mama u call tanya tak rindu anak ke? Barulah nak jumpa,†luahnya.
Dalam posting berkenaan, Puteri Sarah menegaskan dia enggan berjumpa dengan Syamsul kerana mendakwa suaminya itu seorang yang suka memutar belitkan cerita.
Ujar Puteri Sarah, dia juga sudah memaklumkan peguamnya tentang sikap Syamsul, malah menyatakan suaminya itu enggan membenarkan rakaman dibuat ketika mereka berjumpa.
“Hanya selepas file nusyuz baru Sarah datang nak jumpa? U must be dreaming man! D whole time I don’t wanna see u coz I said talk to my lawyer bcoz I know u ni kaki putar belit cerita.
“Bila suruh record perjumpaan, mati-matin tak bagi record. The whole world knows u ni kaki spin lah,†tegasnya.
Pada masa sama, Puteri Sarah juga menyatakan Syamsul enggan menceraikan dirinya selagi dia tidak mengikut syarat-syarat keterlaluan suaminya itu.
“Betapa traumanya I ni taknak jadi isteri u lagi. Nak settle cara baik dan minta dilepaskan macam terlalu susah sangat. Terimalah hakikat yang u memang tak nak lepaskan i selagi i tak ikut syarat-syarat keterlaluan u.
“500k mutaah + nafkah tertunggak memang u sangat mampu. Itupun bayar ansuran u kata tuntutan i melampau? But no, u cuma nak bagi i & anak-anak apa yang u rasa u nak bagi,†ujarnya.