Memetik hLive, Puteri Sarah menegaskan dia tetap mahu bercerai dengan suaminya serta tidak mahu lagi berdamai dan berharap untuk dilepaskan.
Menurut Puteri Sarah lagi, dalam sesi bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) pagi tadi, dia meminta untuk berlangsung secara berasingan kerana tidak mahu bersemuka dengan suaminya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata jika suaminya enggan melafazkan cerai dia bakal menggunakan khidmat hakam sebagai alternatif terakhir.
Terdahulu, Syamsul Yusof yang ditemui ketika hadir ke Jawi untuk sesi tersebut meminta agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya bersama Puteri Sarah.