Memetik Utusan Online, dalam sidang media baru-baru ini Syamsul berkata emosinya dan isteri kedua masih terkawal dengan memperbanyakkan solat.
“Baik Sarah atau Ira, kedua-duanya adalah kekuatan saya. Ini adalah satu fasa ujian dalam hidup. Apa yang masyarakat luar cakap, seburuk mana pun kecaman, kita kena kuat.
“Saya ada bersembang tentang kemelut yang berlaku dengan Ira. Mestilah, kami suami isteri. Ketika sedang makan, berbual tentang dugaan yang perlu kami tempuh bersama. Alhamdulillah, semuanya masih terkawal. Kena banyakkan solat dan kuatkan semangat. Ujian Allah beri kan,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul turut menafikan dakwaan Ira membuat akaun palsu untuk menganggu keluarganya serta meluahkan rasa syukur isteri keduanya itu mendengar kata.
“Saya minta maaf. Alhamdulillah, isteri kedua saya memang dengar kata saya. Dia tak pernah keluar kenyataan apa pun. Kalau ada pun sikit sahaja. Pasal Ira buat akaun palsu. Sejauh mana kebenaran itu?
“Bila kita bicara pasal akaun palsu susah nak buktikan. Ibu saya, ayah saya menganggu. Sekali lagi anda yakin isteri kedua saya yang buat? Bukan saya nak‘back up Ira. Cuma sejauh mana kebenaran,” katanya.