Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan Puteri Sarah terhibur dengan kata-kata netizen mendakwa Syamsul Yusof memberi wang belanja sebanyak RM1 juta untuk bercuti ke Tokyo.
Menerusi video berkenaan, Puteri Sarah hanya tergelak besar dengan komen netizen itu barangkali perkara tersebut lambat lagi untuk berlaku ataupun tidak akan pernah terjadi.
Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang merasakan pelakon itu seolah memendamkan sesuatu. Malah, ada yang terhibur mendengar Puteri Sarah ketawa besar seperti itu.
Sebelum ini, Puteri Sarah berkata dia tidak mahu berdamai seperti diminta suaminya serta meminta agar segera diceraikan. Malah, Puteri Sarah turut meminta Syamsul mengemukakan bukti dan tidak hanya bercakap kosong sahaja selepas mendakwa dirinya berlaku curang.