Ia susulan perkahwinan dibina bersama suami yang juga pengarah Syamsul Yusof didakwa bermasalah ekoran kehadiran orang ketiga.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, jalan cerita dalam teater itu yang memaparkan watak Bibi bermadu belum dan tidak akan terjadi dalam kehidupan sebenarnya.
“Teater ini Maduku Terpaling Kalut, ia belum lagi dan takkan terjadi pada saya,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Puteri Sarah ditemui selepas pementasan hari pertama Teater Maduku Kalut yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Bandar Utama, di sini, semalam.
Pada pementasan itu, Puteri Sarah yang pertama kali terbabit dalam bidang teater dilihat berjaya melontarkan emosi dan lakonan yang cukup baik.
“Saya nak bagi yang terbaik. Selama ini orang cakap saya cantik tapi lakonan ‘okay okay saja’. Bagi saya tak. Saya nak buktikan kepada semua yang saya boleh berlakon. Insya-Allah saya sudah buktikan.
“Kalau dari segi emosi pula, saya memang ‘all out’ dan lepas geram. Tapi itu adalah watak Bibi. Kalau Puteri Sarah sebenar lain. Puteri Sarah dia buat apa yang dia buat sekarang yang mana bertindak dengan bijak dan menggunakan platform betul dengan saluran mahkamah,” katanya.
Mengenai pembabitannya pada teater itu, Puteri Sarah berkata, dia hampir menarik diri pada saat akhir.
“Saya betul-betul kecewa dengan diri sendiri sampai menjerit dan tak nak berlakon. Saya minta produksi mencari pelakon lain. Penerbit pun cakap dua hari lagi nak pementasan. Ketika itu saya memang ‘blank’. Tapi mereka nasihat dan bagi motivasi, jadi saya buat. Alhamdulillah, semuanya okay,” katanya.
Selain Puteri Sarah, teater terbitan Shawn Amer itu turut menampilkan lakonan Azrel Ismail, Anna Jobling, Syafiq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Joe.
Teater Maduku Terpaling Kalut dipentaskan hingga 2 Oktober ini.