in , ,

Puteri Sarah Bersedia Nak Bertemu Ira Kazar? Ini Jawapan Tuan Badan

Kisah perkahwinan Puteri Sarah dan pengarah Syamsul Yusof berakhir apabila mereka bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Puteri Sarah dan Syamsul kelihatan tenang dan masih bergurau senda selepas prosedur perceraian selesai pada tengah hari tadi.

Sarah juga sempat ditanyakan soalan mengenai kesudiannya untuk berjumpa dan bertentang mata dengan isteri Syamsul kini, Ira Kazar pada suatu masa nanti.

Jawab Puteri Sarah, dia tidak mempunyai sebarang komen mengenai pertanyaan itu dan hanya menjawab ‘No comment’ kepada media.

Manakala peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir mengatakan bahawa kes saman terhadap Ira Kazar masih dalam proses dan bersifat sulit.

Sekadar info, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan tarikh perbicaraan kes saman terhadap Ira Kazar pada 25,28 dan 29 Ogos nanti.

Ira sebelum ini hadir memberi keterangan di JAWI berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kolaborasi Raisa & Ahmad Dhani Dalam Single BIAR MENJADI KENANGAN 

LEGOLAND

LEGOLAND® Malaysia Resort Perkenal MINILAND Amazing Malaysia