Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon berusia 15 tahun itu memberitahu dia terpaksa mengambil ubat penenang.
Jelasnya lagi, ubat tersebut hanya mampu membuatkannya gembira dalam tempoh kurang daripada lapan jam sahaja kemudian hatinya jadi kosong semula.
Menurut Balqis lagi, dia berkongsikan adakalanya terkenang kisah silam itu dan membuatkannya bangun dalam keadaan mengigil.
Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta story, Balqis mengakui turut tertekan dengan harga ubat anti-kemurungan yang mahal yang mencecah RM160 untuk sekotak ubat ssebelum mendapat harga diskaun.
Terdahulu, media melaporkan Balqis dan ibunya Norashikin Mohd Aziz menerima rawatan PTSD di sebuah pusat perubatan di ibu kota. Balqis dan ibunya ke hospital bersama pihak polis pemeriksaan dilakukan bagi membuktikan dakwaan Balqis.