in , ,

Puteri Aishah Bernikah, Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan dengan Sekali Lafaz

Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, En. Sulaiman Abd. Rahman yang diadakan di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur.

Pelakon jelita, Puteri Aishah,27, diberitakan telah bernikah dan telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus,28, yang diadakan di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur jam 11:15 pagi tadi.

Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, En. Sulaiman Abd. Rahman.

Puteri Aishah Bernikah, Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan dengan Sekali Lafaz

Pada majlis itu, Puteri menerima mas kahwin RM300 beserta 5 dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan menyerahkan 7 dulang.

Puteri Aishah Bernikah, Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan dengan Sekali Lafaz

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Puteri berkata, dia sudah lama menantikan saat ini dan berharap ikatan perkahwinan akan berkekalan hingga akhir hayat.

“Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.

Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artist yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP),”kata Puteri Aishah.

Puteri Aishah Bernikah, Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan dengan Sekali Lafaz

Menurut Puteri, dia mengakui FIrdaus memiliki setiap ciri-ciri lelaki idamannya.

“Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu.

“Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi lampu hijau dimana saya boleh teruskan kerjaya ini selama mungkin,”katanya.

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri dan Firdaus mengenakan busana bewarna putih.

Baju pernikahan yang digayakan mereka adalah rekaan @RizmanRuzaini .

Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan bahagia ini bakal diadakan di JW Marriot, Kuala Lumpur, malam ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MARK O’DEA

Mark O’Dea Teruja Jelajah Perak & Pulau Pinang Dalam SPECTACULAR MALAYSIA

Tiada Penyingkiran, Semua Artis HIJRAHKAN LAGUKU Mara Ke Minggu Kedua