in

Pusingan Akhir Piala FA 2015 Catat Jumlah Penonton Tertinggi

Piala FA 2015 telah melabuhkan tirai dengan kemunculan pasukan Lions XII sebagai juara menumpaskan pasukan Kelantan, The Red Warriors dengan jaringan 3 – 1. Pertempuran epik antara dua kuasa besar yang disiarkan secara langsung Sabtu lalu di TV3 ini berjaya meraih 6 juta penonton dan secara tidak langsung mendominasi 45% syer pada malam pertempuran tersebut.

6 JUTA MENYAKSIKAN PERTEMPURAN EPIK!
PUSINGAN AKHIR PIALA FA MENCATAT JUMLAH PENONTON TERTINGGI

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar:

“Dengan pencapaian ini, kami turut berbangga kerana jumlah penonton acara sukan berprestij ini bertambah berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Ini bermakna, lebih ramai peminat setia sukan bola sepak, khususnya The Red Warriors dapat menonton perlawanan ini di rumah atau di mana-mana dengan keselesaan masing-masing. Kami berterima kasih kepada para penonton, dan kami berharap agar mereka terus menyokong kami. Sebagai tanda penghargaan kami kepada penonton setia TV3, kami akan terus meningkatkan kualiti pengalaman menonton mereka, khususnya dalam program-program yang bergenre sukan.”

Dengan berakhirnya Piala FA ini, tumpuan rakyat Malaysia kini beralih arah ke Kejohanan Sukan SEA ke-28 yang bakal berlangsung mulai 5 Jun hingga 16 Jun 2015 di Kota Singa, Singapura. Stesen televisyen Media Prima menerusi TV3 dan TV9 akan membawa liputan khas 3 kali setiap hari serta siaran langsung perlawanan skuad Harimau Muda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Story Behind the Design of the Galaxy S6

Idea Lawak Tulen CHILOK Tarik Perhatian Juri