Persaingan Hero Oven semakin sengit, kemahiran dan kepakaran para Hero dalam penggunaan oven juga semakin diuji! Setiap Hero haruslah menunjukkan kemahiran asas mereka, menggunakan daya kreatif masing-masing, dan juga memastikan teknik yang mereka gunakan ketika menyediakan sesuatu produk itu adalah betul.
Siapa Kata ‘Abang Sado’ Tak Masuk Dapur?
Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin,
“Kami amat berbesar hati dengan program realiti memasak TV3 iaitu Hero Oven kerana berjaya menjadi sebuah platform untuk mencari seorang chef selebriti terbaharu. Sebagai seorang chef, ia adalah amat penting bagi mereka untuk mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tersendiri. Selain itu, mereka juga haruslah mampu berkomunikasi dengan baik untuk menambat hati para penonton. Oleh itu, kami percaya bahawa program Hero Oven dapat melahirkan seorang chef selebriti yang berprestij dan berkaliber.”
Hero wildcard manakah yang akan berentap dengan 8 hero lain di dapur separuh akhir Hero Oven?
[dropcap]S[/dropcap]eramai 32 orang ‘abang sado’ telah pun berentap selama 8 minggu demi memenangi tiket emas ke peringkat separuh akhir. Program realiti memasak yang dihoskan oleh Chef Fikree Aznan, Chef Sarah Samsul Ariffin dan Kilafairy yang juga merupakan panel juri ini telah menyaksikan 4 peserta bertanding pada setiap episod selama 8 minggu. Kesemua peserta ini diuji menerusi tiga cabaran iaitu basic, teknikal dan kreatif.
[pullquote align=“left”]Bagi cabaran basic, kemahiran asas membuat pastri setiap peserta akan diuji. Cabaran ini ditambahkan kesukarannya apabila mereka wajib menggunakan satu ramuan rahsia yang ditetapkan oleh para juri.[/pullquote]
Sekiranya para Hero pandai menguasai ramuan tersebut, ia boleh menjadi penyeri dalam penyediaan hidangan tersebut. Jika tidak, mereka akan berhadapan dengan risiko bahawa resepi itu berkemungkinan tidak menjadi.
Sebagai seorang chef pastri, mereka harus mempunyai teknik-teknik yang betul ketika membuat pastri. Jadi, cabaran kedua akan menguji kemahiran setiap peserta untuk menghasilkan pastri yang paling mirip dengan contoh yang diberi. Untuk segmen terakhir pula, para peserta perlu menunjukkan kreativiti mereka melalui gaya persembahan dan dekorasi pastri.
Lebih mengujakan lagi, kesemua peserta Hero Oven bukan sahaja perlu pandai memukau para penonton dengan pastri hasil buatan mereka, tetapi juga harus menambat hati orang ramai dengan personaliti mereka yang menarik!
Berikut adalah senarai hero yang berjaya dinobatkan sebagai juara mingguan (episod 1 – 8), dan melayakkan diri mereka ke peringkat separuh akhir secara automatik:
Episod | Pastri | Ramuan rahsia | Nama Hero /Juara Mingguan |
1 |
· Kuih Bakar
· Muffin · Cheesecake
|
Labu
|
Mashad
|
2 |
· Pai
· Kek chiffon · Creme Brulee |
Durian |
Zam Akmal
|
3 |
· Short crust tart
· Maccaron · Kek marjerin |
Bunga Kantan |
Rahmat
|
4 |
· Roti Focaccia
· Biscotti · Lattice Pie |
Herba |
Akmal
|
5 |
· Roti ban
· Bahulu · Eclair |
Kelapa |
Brynner
|
6 |
· Bundt cake
· Pavlova · Buttercream swiss roll |
Buah-buahan sitrus |
Firdausy
|
7 |
· Scone
· Chocolate Mousse cake · Petit Four |
Kacang (Pistachios, Macadamias, Pecans)
|
Faiz
|
8 |
· Savoury Chouxe Puff
· Victoria Spongecake · Opera cake |
Mascarpone |
Hamidy
|
Namun, terdapat lapan lagi hero bertuah yang diberi peluang kedua untuk bersaing di pusingan wildcard, dan mereka adalah hero Jasni, Syakur, Naim, Zamri, Redza, Taufiq, Syahir dan Yeo. Dua daripada lapan orang peserta yang berjaya menempuh pusingan wildcard ini berpeluang untuk meneruskan persaingan mereka di dapur Hero Oven.
Bukan senang nak jadi hero, jejaka manakah yang bakal menjadi pakar manisan kesukaan rakyat Malaysia? Jangan lupa untuk menonton program realiti memasak Hero Oven yang bersiaran pada setiap hari Selasa, pukul 11.30 pagi di TV3!
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/herooven dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton pada hari tersebut, anda juga boleh menonton siaran ulangan pada setiap hari Sabtu, pukul 6.00 petang dan layari portal video nombor satu negara di www.tonton.com.my.